suria

Asyik cari salah, minta tolong macam nak gaduh... Suami selalu doa semoga isteri sempat bertaubat, risau masuk neraka

Bebanan tugas harian membuatkan suri rumah sentiasa dalam keadaan 'moody'. -Gambar hiasan AI

SUAMI sejati pasti tidak sanggup melihat  isterinya keletihan kerana gigih bekerja demi membantu ekonomi keluarga.

Namun lain pula dengan kisah lelaki ini apabila tindakannya meminta isteri berhenti kerja kira-kira enam tahun lalu, kini 'memakan' diri.

Meluahkan kesedihan dialami, lelaki berkenaan berkata sikap isterinya semakin hambar selepas mereka memiliki cahaya mata ketiga.

"Perkahwinan belum cecah 15 tahun dan anak baru tiga orang. Sejak anak ketiga lahir, aku rasa macam bukan taraf suami di mata isteri.

"Orang lain dapat 'bersama', paling teruk dua minggu sekali tapi aku setahun sekali nak peluk isteri pun kena tepis," luahnya di Thread.

Konflik antara suami dan isteri sering terjadi semasa anak-anak masih kecil. -Gambar hiasan AI

Konflik antara suami dan isteri sering terjadi semasa anak-anak masih kecil. -Gambar hiasan AI

Mengakui terasa hati dengan sikap dingin isterinya, pengadu mula mempersoalkan tujuan membina rumah tangga.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia mendakwa isterinya tidak memahami beban keletihan yang dialami apabila tergamak membebel meskipun baru pulang dari kerja.

"Pernah beberapa kali aku balik dari kerja, travel ke site luar pakai kereta syarikat yang manual... apabila sampai di rumah dalam keadaan letih, terus kena bebel.

"Dia bebel aku sebab tak tolong sidai baju yang dia dah basuh sebelum aku keluar kerja.

"Ada masanya aku tegur anak sulung dan kedua supaya tolong ibunya buat kerja rumah tapi aku pula yang kena balik," tambahnya sambil menyatakan usia dua cahaya matanya itu sudah melepasi sembilan tahun.

  • Suami sedih hubungan dengan isteri makin renggang selepas anak ketiga lahir.
  • Dakwa isteri dingin, setahun sekali pun sukar mesra.
  • Sering dibebel walau penat kerja dan bantu keluarga.
  • Tetap puji isteri urus rumah dan anak dengan baik.
  • Netizen nasihat bincang serius, mungkin isteri tertekan.

Meskipun terluka, namun dia masih memuji kemampuan isterinya menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan baik serta cekap.

"Hal rumah memang dia serba boleh, masak, mengemas, mencuci dan mendidik anak semua dia selalu buat.

"Cuma dengan kata-kata perli di depan aku dan anak-anak, kalau perlukan bantuan aku pula, dia tak bercakap dengan nada minta tolong tapi macam nak cari gaduh," luahnya lagi.

Menyedari perubahan yang berlaku pada isterinya, pengadu berkata dia pernah cuba untuk tidur bersama isteri dan anak bongsunya bagi mengeratkan semula hubungan yang renggang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi tak merangkak, aku kena drive” - Wanita menangis sendirian, dipaksa jadi pemandu tanpa gaji... Suami di sebelah sibuk main game!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terduduk suami langgan DS, bayar RM800 sekali servis! Terus tiada ‘mood’ sambut lebaran - “Kami team raya asing”

Namun malangnya, usaha tersebut bukan sahaja tidak berhasil malah lebih mengejutkan apabila isteri dan anak bongsunya dilihat tidur di bilik utama.

"Normal ke perempuan yang berhenti kerja dan jadi suri rumah jadi macam ni? Aku terkadang buntu sebab tak tahu nak betulkan keadaan.

"Selalu masa nak pergi kerja tu aku berdoa... kalau aku mati dalam keadaan makan hati dengan isteri, apa amalan isteri aku yang Allah masih terima agar dia tak tercampak ke neraka," luahnya sayu.

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya bersimpati dan menasihati lelaki berkenaan agar membawa isterinya berbincang secara serius.

Tidak kurang juga yang menyatakan isterinya mengalami tekanan disebabkan bebanan tugasan harian sebagai suri rumah.

Artikel Lain