suria

Pemuda dikikis wanita suka makan ‘dessert’, dianggap tak ‘fun’ lepas pertemuan pertama - “Macam tu je aku dibuang”

Segelintir lelaki tidak kisah untuk berbelanja besar demi memikat hati si dia. -Gambar hiasan AI

KEWUJUDAN aplikasi cari jodoh sememangnya berguna untuk membantu mereka yang mahu 'memburu' pasangan hidup.

Namun menurut seorang pemuda, dia menyesal menggunakan aplikasi itu kerana dipertemukan dengan wanita yang hanya mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya.

"Selepas berkenalan, aku ajak dia tengok wayang. Dia cakap aku kena belanja dia tiket. Gaji belum masuk, duit ada RM150 je. Tapi aku kata boleh je nak belanja.

Ramai individu menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan hidup. -Gambar hiasan AI

"Aku jemput dia, perjalanan ke rumah dia ambil masa 40 minit. Sampai di mall, dia minta popcorn. Lepas keluar wayang, dia minta aku belanja kek pula.

"Aku baru je cakap yang aku tak ada modal, tapi dia masih minta belanja. Lepas tu dia tambah cheese tart pula," ujar pemuda berkenaan.

Lebih menambahkan kekecewaannya, dia mendakwa wanita itu mula menunjukkan respons ala kadar selepas mereka pulang daripada pertemuan berkenaan.

  • Lelaki dakwa dipermainkan oleh wanita yang dikenalinya menerusi aplikasi cari jodoh.
  • Mereka keluar menonton wayang dan lelaki itu perlu menanggung semua perbelanjaan.
  • Dia kecewa wanita itu mula berubah sikap selepas pertemuan pertama mereka.
  • Lelaki itu juga kesal kerana diambil kesempatan ketika dia tidak mempunyai banyak wang.

"Masa keluar tu, dia tak pakai duit sendiri satu sen pun. Esoknya, dia chat buat cukup syarat je. Aku tanya kenapa, dia kata aku ni tak best dan tak seronok.

"Aku termenung tengok skrin. Aku habiskan duit untuk dia, akhirnya macam tu je kena buang. Dia tak minta maaf pun. Dia macam tu je. 

"Jadi aku pun teruskan hidup macam biasa dengan rasa penyesalan. Dah enam tahun tak bercinta. Apabila buka pintu hati, terus jadi macam ni," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malu guna ‘dating app’ untuk cari jodoh, cuma ingat 5 perkara ini sebelum buru cinta si dia

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bongkar sisi hitam ‘dating app’, lelaki imej alim minta tolong onani dalam kereta - “Ingatkan dah jumpa bakal imam”

Hantaran di aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

"Lepas ni kalau nak berkenalan, jangan gatal ajak tengok wayang. Ajak lepak mamak je.

"Kalau rasa kewangan tak kukuh, jangan nak ajak perempuan keluar," tulis beberapa individu.

Artikel Lain