suria

Jangan malu guna ‘dating app’ untuk cari jodoh, cuma ingat 5 perkara ini sebelum buru cinta si dia

Bertemu jodoh secara 'online' bukanlah satu perkara yang pelik dalam zaman serba moden ini. Foto: Kanda Kacak.

TENGOK kawan-kawan dah kahwin, giliran kita bila lagi?

Selain runsing dengan jodoh yang tak kunjung tiba, golongan bujang juga sering diasak dengan soalan sensitif itu sehingga ada yang mengalami tekanan.

Jangan risau, dalam zaman serba moden ini, ramai yang telah berjaya menemui cinta hati melalui perkenalan di media sosial.

Selain itu, aplikasi cari jodoh (dating app) juga boleh menjadi alternatif untuk anda memburu cinta si dia.

 Foto: SCMP.

Tak salah jika anda mahu mencari jodoh melalui aplikasi seperti Tinder dan Omi. Foto: SCMP.

Berikut kami kongsikan lima petua untuk beginners yang baru berjinak-jinak dengan dating app.

1. Cari aplikasi yang sesuai

Bercerita mengenai dating app, banyak sebenarnya yang boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android mahupun iOS. Antaranya Tinder, Omi, Bumble dan banyak lagi.

Harus diingat, penting untuk anda memilih aplikasi yang bersesuaian dan kena dengan 'selera'. Setiap aplikasi menawarkan kaedah dan cara penggunaan berbeza. Jadi pilihlah aplikasi terbaik yang bersesuaian dengan objektif utama anda.

2. Kenali diri

Sebelum mengenali hati budi bakal pasangan, sebaiknya anda kenali diri sendiri terlebih dahulu. Cuba fahami dan kenal pasti apa sebenarnya yang anda mahukan.

819357

Tetapkan sasaran agar senang membuat 'tapisan' dalam misi mencari si dia.

Tetapkan sasaran anda, senaraikan apa yang okay, apa yang tidak okay. Dengan objektif yang tepat, misi pencarian anda pastinya akan menjadi lebih mudah.

3. Visual

Benar, rupa paras tidak menjamin kebahagiaan. Namun, kita haruslah mempersembahkan versi diri yang terbaik untuk bakal pasangan.

Ketika menggunakan aplikasi cari jodoh, anda dinasihatkan untuk menggunakan gambar-gambar yang terbaik di profile kerana ia bakal menjadi daya tarikan utama.

4. Jujur

Paling penting, anda kena jujur dengan diri sendiri dan bakal pasangan. Elak jadi individu yang fake. Jangan guna gambar yang disunting secara melampau sehingga ia berbeza jauh dengan rupa sebenar anda.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 3.27.12 PM

Paling penting, anda kena jujur pada diri sendiri dan bakal pasangan. Foto: Instagram Kanda Kacak.

Selain itu, nyatakan serba sedikit mengenai diri anda menerusi ruangan bio, tapi sebaiknya berceritalah dengan jujur. Nyatakan minat anda, apakah ciri yang ada pada diri serta apa yang anda cari-cari.

5. Hati kena kental

Jika anda bersedia untuk mencari cinta menerusi dating app, anda juga kena bersedia untuk dilukai dan kecewa dengan kegagalan dalam bercinta.

Rejection merupakan perkara biasa. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Tak semua perkenalan menerusi dating app akan berakhir di jinjang pelamin.

Paling penting, buat tapisan dengan betul kerana ada segelintir individu berniat jahat dan hanya menggunakan dating app untuk memuaskan nafsu semata-mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain