suria

5 langkah cuci pakaian dalam dengan betul... kualiti terjaga, mungkin boleh guna sampai tua

Elakkan campur pakaian dalam bersama pakaian lain dalam satu cucian.

SETIAP pakaian perlu dicuci dengan cara yang berbeza untuk mengekalkan kualitinya.

Begitu juga dengan pakaian dalam. Jika dicuci menggunakan teknik yang betul seperti di senaraikan di bawah, anda mungkin boleh menggunakannya sehingga bertahun-tahun.

1. Jangan campur

Kebanyakan kita sering berdepan kekangan masa. Apabila mempunyai masa terluang, kita cenderung untuk membersihkan pakaian secara sekali harung.

Pendek kata, campak je semua jenis pakaian dalam mesin basuh. Namun tahukah anda cucian mesin basuh sebenarnya agak kasar. Ia juga boleh menyebabkan warna pada fabrik menjadi luntur.

2. Guna tangan

Sebaiknya, anda bilas pakaian dalam menggunakan air sejuk, menggunakan tangan anda sendiri secara lembut dan perlahan-lahan.

Men's underwear doesn't seem to really affect fertility in males. However, anything that significantly increases the temperature of the nether regions (like sitting in a hot tub) can potentially lower the sperm count. (Jason Wambsgans/The Chicago Tribune/MCT)

Jika mempunyai kelapangan masa, sebaiknya cuci pakaian dalam menggunakan tangan. Foto: Jason Wambsgans/The Chicago Tribune/MCT.

Jangan gosok, tarik atau bertindak agresif. Sebaliknya, siramkan ia di bawah air sejuk, untuk mengekalkan gentian fabrik dan mengelakkannya daripada meregang di bawah haba.

3. Pilih pencuci yang tepat

Sama ada anda menggunakan serbuk atau cecair pencuci, pilihlah jenama yang bersesuaian untuk pakaian dalam anda.

Menurut Hello Giggles, salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan semasa mencuci coli dan seluar dalam ialah penggunaan pencuci yang bersifat terlalu keras.

Sebaliknya, pilih pencuci yang mempunyai ciri delicate atau gentle pada label. Pencuci jenis ini biasanya dirumus tanpa peluntur, fosfat atau enzim yang boleh memecahkan fabrik tertentu.

4. Beg lingerie

Jika anda tidak mempunyai kelapangan untuk mencuci pakaian dalam dengan tangan, tidak salah untuk anda menggunakan mesin basuh.

file7b2so4ysmk11c2ock1kh

Penggunaan mesin pengering boleh merosakkan fabrik pakaian dalam anda. Foto: Relaxnews.

Tapi sebaiknya gunakan beg lingerie. Masukkan semua item kecil anda ke dalam beg lingerie sebelum mencucinya di dalam mesin basuh.

Penggunaan beg ini dapat menjadi pelindung, sekali gus mengelakkan sebarang kerosakan pada pakaian dalam. Malah, anda juga tidak perlu bersusah-payah untuk mengasingkan semua pakaian yang bercampur kerana item-item itu terasing di dalam beg berkenaan.

5. Jemur sampai kering

Gantungkan pakaian dalam anda pada ampaian dan biarkan ia kering secara semula jadi. Elak menggunakan mesin pengering. Haba dalam mesin pengering dikatakan boleh merosakkan pakaian dalam.

Paling penting, anda boleh menjimatkan penggunaan tenaga eletrik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain