PERNAHKAH anda mendengar tentang Blue Zone atau Zon Biru? Istilah diasaskan penyelidik National Geographic, Dan Buettner, ini merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu di dunia di mana penduduknya merekodkan jangka hayat paling panjang, malah ramai yang hidup sihat hingga melepasi usia 100 tahun. Biasanya, sesuatu kawasan diiktiraf sebagai Zon Biru apabila komunitinya konsisten mengamalkan gaya hidup aktif, corak pemakanan sihat, mempunyai ikatan sosial yang kuat, serta persekitaran kurang stres.Sebelum ini, hanya lima kawasan di dunia yang diiktiraf memegang status berprestij ini iaitu Okinawa di Jepun, Sardinia (Itali), Nicoya (Costa Rica), Ikaria (Greece), dan Loma Linda (Amerika Syarikat).Menariknya, Singapura diiktiraf secara rasmi sebagai Zon Biru keenam pada tahun 2023, sekali gus menjadi wilayah terbaharu di dunia yang berjaya membina persekitaran mesra kesejahteraan rakyat.Data menunjukkan purata jangka hayat penduduk Singapura kini mencecah sekitar 84.1 tahun, meletakkan mereka di tangga antara yang tertinggi di dunia.Sebagai perbandingan, purata jangka hayat rakyat Malaysia ketika ini adalah sekitar 77.2 tahun.Berikut adalah lima faktor penyumbang kepada kejayaan Singapura untuk menjadi negara Zon Biru:1. Pengangkutan dan senamanKeputusan Singapura melaksanakan polisi cukai tinggi ke atas kereta dan bahan api membolehkan kerajaan mempunyai kemampuan kewangan membina sistem kemudahan pengangkutan awam yang kondusif dan selamat.Selain itu reka bentuk bandar yang mesra pejalan kaki ini membuatkan purata penduduknya dengan mudah boleh mencapai lebih 7,500 langkah sehari tanpa disedari.Selain itu, jaringan pengangkutan rel yang cekap memudahkan pergerakan segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan warga emas.Pelaburan terhadap pembinaan pejalan kaki yang mesra pengguna turut mendorong kepada gaya hidup sihat. -Agensi 2. Akses kepada makanan sihatKerajaan Singapura melaksanakan cukai yang tinggi ke atas minuman manis bagi mendesak pengeluar mengurangkan kandungan gula sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran luar. Pihak berkuasa juga memberikan subsidi khas kepada gerai makanan tempatan yang menyediakan pilihan lebih berkhasiat seperti beras perang dan bijirin penuh. Langkah proaktif ini memastikan hidangan seimbang dan rendah kalori bukan sahaja mudah diperoleh, malah mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.3. Memerangi kesunyianKajian menunjukkan kesunyian merupakan antara faktor memendekkan jangka hayat seseorang.Justeru Singapura mengambil langkah menubuhkan lebih daripada 100 Pusat Penuaan Aktif (AAC) di seluruh negara.Pusat komuniti yang sebahagian besar pembiayaannya ditanggung kerajaan ini menawarkan pelbagai aktiviti fizikal, pemeriksaan kesihatan berkala, serta program sosial percuma untuk warga emas.Inisiatif ini terbukti berkesan memastikan golongan veteran terus cergas dan tidak terasing daripada arus moden.4. Penjagaan kesihatanHasil pelaburan besar dalam sistem kesihatan yang menitikberatkan aspek pencegahan awal, jangka hayat rakyat Singapura melonjak sehingga 20 tahun dalam tempoh satu generasi sahaja.Melalui fasiliti perubatan bertaraf dunia, hospital di sana memberi tumpuan penuh kepada pengesanan awal penyakit kronik sebelum ia bertambah parah.Strategi ini membolehkan rakyat mereka bukan sahaja hidup lebih lama, malah menikmati usia emas dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya.5. Kebersamaan hidup antara generasiKerajaan Singapura menawarkan insentif menerusi Skim Geran Perumahan Proximity (PHG) sebanyak sehingga SGD$30,000 (sekitar RM96,600) kepada keluarga yang membeli rumah untuk tinggal bersama atau berdekatan dengan ibu bapa mereka.Insentif kewangan yang lumayan ini menarik minat generasi muda untuk kekal rapat bersama keluarga bagi menjaga kebajikan orang tua mereka.Budaya dan sistem sokongan kekeluargaan yang erat ini menjadi benteng utama dalam mengurangkan risiko kemurungan dalam kalangan warga emas. -Agensi