Ramai lelaki masih tidak memiliki kesedaran untuk melakukan ujian sperma bagi menilai tahap kesuburan mereka. -Gambar hiasan
SETIAP pasangan berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung keturunan.Namun tidak semua pasangan diberikan rezeki cahaya mata malah ada terpaksa menanti selama bertahun-tahun atau melakukan pelbagai rawatan bagi mendapatkan zuriat. Biasanya pihak isteri biasanya dikatakan bermasalah sehingga terpaksa menanggung segala beban rawatan menyakitkan.Bagaimanapun bagi seorang pengguna Threads ini, sebagai suami dia turut mengambil inisiatif melakukan ujian sperma dan tindakan tersebut mengubah kehidupan mereka suami isteri.Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan AI"Pergilah periksa kaum suami. Saya dulu tak jangka, ingat elok sahaja subur rupanya bila periksa, 0.4 juta sahaja ada (sperma)."Doktor cakap nak 15 juta baru isteri boleh mengandung. Sudahlah 0.4 juta, banyak yang cacat pula," kongsinya di Threads.Berkongsi lanjut, lelaki berkenaan memberitahu dia dan isteri sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum diberikan rezeki cahaya mata.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai beli seluar dalam murah... Doktor ulas dakwaan fabrik poliester jejaskan pengeluaran sperma, punca lelaki mandulARTIKEL BERKAITAN: Jutaan sperma bukan jaminan subur... 80 peratus benih seorang lelaki ‘cacat’, rupanya ada kaitan ‘kisah silam’ sebelum nikah!Jelasnya, walaupun kiraan spermanya rendah namun ia bukan pengakhiran dalam usaha mendapatkan zuriat malah masalah itu boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal."Alhamdulillah selepas buat pemeriksaan, tahu kesan (masalah) dekat mana. Allah bagi rezeki anak selepas sembilan tahun. Kembar pulak tu, syukur!" kongsinya di Threads.Perkongsian berkenaan dibuat lelaki berkenaan sebagai respons terhadap hantaran seorang pengamal kesihatan kesuburan yang menggessa golongan suami agar menjalani ujian sperma sekiranya bimbang berdepan masalah kesuburan.Ramai pasangan berdepan kesukaran mendapatkan zuriat walaupun sudah lama berkahwin.Golongan suami digesa menjalani ujian sperma untuk memeriksa tahap kesuburan diri.Ujian sperma penting bagi menilai jumlah, pergerakan, dan bentuk sperma yang normal.Pemeriksaan awal membantu mengesan punca sebenar masalah kesuburan tanpa perlu berteka-teki.Akeem dikurniakan anak kembar selepas sembilan tahun menanti.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya lagi, ujian sperma amat penting bagi menilai kualiti serta kuantiti sperma, sekali gus menentukan tahap kesuburan seseorang individu."Bangga dengan suami-suami yang datang buat pemeriksaan sperma ini. Encik-encik memang hero sebenar!"Penting ya buat pemeriksaan sperma ini. Baru la dapat tahu sperma banyak mana, laju ke tidak atau bentuknya normal ke cacat," ujarnya.