KENAIKAN bil elektrik menjadi punca seorang suri rumah dimaki dan diherdik suami, meskipun penggunaan kipas amat diperlukan untuk keselesaan anak mereka yang menghidap ekzema.Lebih menyedihkan, dia juga dikerah mencari pendapatan tambahan ketika masih dalam tempoh berpantang bagi melunaskan bayaran bil berjumlah RM230. Berkongsi cerita pahit itu, wanita berkenaan berkata dia sering dituduh suka membazir dan tidak sedar diri oleh suaminya sendiri."Kerana bil elektrik naik sehingga RM230, maruah saya dipijak. Siap minta saya bayar sendiri kalau tak nak bergelap. Paling sedih dia suruh saya cari (duit) masa tengah pantang untuk bayar bil itu," luahnya di Thread.Pasangan suami isteri sering diuji dengan masalah kewangan. -Gambar hiasanAdunya lagi, rasa terkilan dan kecewa semakin membuak-buak apabila suaminya tergamak mematikan suis utama elektrik sehingga dia serta anak-anak terpaksa bergelap serta berpanas di dalam rumah.Namun pada masa sama, lelaki terbabit sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli pendingin hawa baharu yang kemudiannya dihadiahkan kepada kakak iparnya."Sebelum keluar memancing, dia tutup suis utama elektrik, berpanaslah saya dan anak-anak.Seorang suri rumah mendakwa dimaki dan diherdik suami kerana bil elektrik RM230.Dia turut mendakwa disuruh mencari pendapatan ketika masih berpantang bagi membayar bil.Suaminya didakwa menutup suis utama elektrik sebelum keluar memancing.Wanita itu terkilan kerana suaminya sanggup membeli pendingin hawa untuk dihadiahkan kepada kakak ipar.Dia mengakui terpaksa akur kerana tiada tempat dituju selepas ibu bapanya meninggal dunia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia siap cakap, kalau saya tak dapat bayar bil dan bantu dia apa-apa, saya tak boleh guna eletrik sesuka hati," adunya yang merupakan anak tunggal.Mengakui terpaksa akur dengan tindakan zalim suaminya itu, wanita berkenaan menjelaskan dia kini tiada tempat bergantung dan hidup sebatang kara selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan berharap dia dapat keluar daripada belenggu rumah tangga toksik berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri suri rumah dihimpit rasa berdosa, suami tak reda pandai-pandai guna duit dalam bank waktu terlantar sakitARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal ‘order’ menu kambing, suami herdik tak bertimbang rasa! Rupanya marah sebab bapa mentua bayar bil"Jadi suri rumah tak hina sis, tapi sangat mulia, yang hina adalah suami sebab dia tak bertanggungjawab."Wujud lelaki kejam macam ni, gila ke cabut plug utama dan biarkan anak isteri kepanasan?"Suami macam ni tak layak ada keluarga, hiduplah dia membujang sampai mati," demikian reaksi netizen.