HANYA kerana hidangan kambing, seorang wanita tidak menyangka ia menjadi pertikaian sehingga menggores hatinya.Cerita wanita tersebut, dia menikmati hidangan tersebut ketika keluraga makan bersama keluarga mentua namun keesokan harinya dia dimarahi suami kerana dianggap tidak bertimbang rasa. Jelasnya, dia tidak tahu bapa mentua akan membayar makan malam mereka malah sudah meminta izin suami sebelum memesan hidangan tersebut.Hidangan kambing antara makanan popular di restoran berkonsepkan Barat. -Gambar hiasan AI"Saya tanya suami, boleh tak nak makan kambing? Ialah, sebab dia baru sahaja dapat gaji, jadi dia kata boleh," luahnya di Threads.Namun pada keesokan harinya, suaminya menegur sikapnya dengan mengatakan bahawa seseorang tidak sepatutnya memilih hidangan mahal apabila makan ditaja oleh orang lain."Hari ini dia cakap kalau orang belanja, jangan ambil makanan mahal. Saya pun tak tahu ayah dia yang bayar.Seorang pengantin baharu berkecil hati selepas ditegur suami kerana mahu menikmati hidangan kambing ketika pertama kali pulang ke rumah mentua.Dia mendakwa sudah meminta izin dan suaminya membenarkan tanpa memberitahu bahawa makanan tersebut akan dibayar oleh bapa mentua.Pada keesokan hari, suaminya menegur agar tidak memilih makanan mahal apabila ditaja orang lain, selain mendakwa dia tidak mempunyai pertimbangan.Wanita itu yang berhenti kerja selepas berkahwin dan berpindah sedang mencari pekerjaan baharu serta menegaskan dia mampu membayar makanan sendiri.Netizen bersimpati dengan situasinya, malah ada yang menyarankan agar dia membayar semula harga makanan bagi mengelakkan isu berpanjangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selepas sudah bayar baru dia cakap abah bayar, jadi saya anggap tak ada apa-apa."Ya Allah, saya terasa sangat. Semalam kalau tak boleh, cakap sahaja tak boleh. Saya tak ambil kambing tu," luahnya terkilan.Kecewa dengan peristiwa tersebut, jelas wanita itu dia bukan bodoh atau mahu mengambil kesempatan terhadap keluarga mentua namun tidak menyangka hanya kerana makanan dia disoal sebegitu rupa.ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras belanja keluarga makan walau tinggal RM300, siap beli mainan untuk adik ipar! Isteri serba salah duit berbaki RM40 - “Doakan rezeki dia ya”ARTIKEL BERKAITAN: Selalu belanja keluarga suami, tapi tak selesa mentua suka tanya gaji, bonus! Tak pernah beritahu sesiapa walau famili sendiri"Saya bukannya tak ada pelajaran. Cuma terkejut dilayan begini. Ayah saya sendiri pun tak pernah berkira bab makan," tambahnya.Perkongsian pengadu meraih perhatian simpati ramai, lebih-lebih lagi perkara tersebut berlaku ketika dia masih dalam fasa 'bulan madu'. "Kalau aku, memang aku bayar balik sebab bab makan ni tak boleh dibuat main, aku memang pantang," demikian reaksi netizen.