NIAT asal seorang ibu hanya mahu membayar yuran asrama anak sulungnya, tidak menyangka wang RM200 yang diselitkan di dalam sampul akhirnya menjadi saguhati buat ustazah muda.Berkongsi cerita, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia meminta anaknya menyerahkan sampul berisi wang RM200 kepada seorang ustazah. Namun tanpa diduga, anaknya memaklumkan bahawa duit tersebut diberikan untuk perbelanjaan individu berkenaan.Segelintir guru turut dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan anak murid. -Gambar hiasan AI"Saya letak dalam sampul duit yuran asrama RM200, tapi anak sulung cakap pada ustazah dia 'ibu bagi duit untuk ustazah belanja'," ujarnya berkongsi kata-kata yang disampaikan anaknya itu.Apa yang mengejutkan 'pemberian' itu hanya diketahui selepas dia menerima mesej daripada individu berkenaan."Terima kasih banyak-banyak acik, semoga acik dimurahkan rezeki, semoga keluarga di kelilingi orang yang baik, terima kasih banyak-banyak," demikian pesanan mesej yang dihantar oleh gadis terbabit.Seorang ibu memasukkan wang RM200 ke dalam sampul untuk diserahkan sebagai bayaran yuran asrama anak sulungnya.Berlaku salah faham apabila anaknya yang berusia 12 tahun memberitahu wang itu diberikan untuk perbelanjaan ustazah.Perkara tersebut hanya disedari selepas ustazah berusia 18 tahun itu menghantar mesej penghargaan dan mendoakan keluarga wanita berkenaan.Walaupun buntu mencari wang gantian untuk membayar yuran, si ibu tidak tergamak meminta semula RM200 itu.Netizen tersentuh dengan keikhlasannya dan mendoakan agar wanita tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.Ringkasan ini dijana oleh AIDia yang pada awalnya terkejut dengan mesej yang diterima bagaimanapun tidak tergamak untuk meminta semula wang tersebut.Malah dia juga tidak menyalahkan anaknya yang baru berusia 12 tahun mahupun ustazah terbabit atas salah faham yang berlaku meskipun mengakui buntu untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menggantikan bayaran yuran asrama."Ustazah tak salah, dia baru berusia 18 tahun dan macam adik-adik kita lagi. Dia pun baik sangat orangnya, saya tak sampai hati," tambahnya sambil menggambarkan peribadi guru anaknya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak ambil cuti sakit sebab pelajar nak periksa, guru terkilan pengorbanan tak dihargai... Menangis kena ejek jalan tempangARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lelaki terkejut, murid perempuan mahu peluk sebab rindu... Minta ibu bapa ajar batas, sentuhan selamat!Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang tersentuh dengan keikhlasan si ibu merelakan wang berkenaan, malah rata-rata mendoakan agar rezekinya dipermudahkan selepas menggembirakan hati ustazah muda itu."Ustazah pun tak tanya-tanya dah, terus terima kasih."Semoga puan sentiasa murah rezeki sebab dalam rezeki kita selalu ada bahagian untuk orang lain juga," demikian reaksi netizen.