suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu lelaki terkejut, murid perempuan mahu peluk sebab rindu... Minta ibu bapa ajar batas, sentuhan selamat!

Guru perlu menjaga batas dengan murid-murid bagi mengelakkan salah faham dan kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

USAHA melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual perlu bermula dengan pendidikan serta pendedahan yang sesuai mengikut usia mereka.

Menurut seorang guru lelaki, ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk kesedaran itu bagi membantu kanak-kanak mengenal pasti situasi berbahaya dan melindungi diri.

Menurut guru tuisyen itu, dia baru sahaja berdepan situasi kurang menyenangkan melibatkan seorang murid perempuan.

Primary school students arranging books into their bags . Story on reduce of books in students schools bags. (14/4/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak tentang bahaya jenayah seksual. -Gambar hiasan

"Hari ini, datang seorang murid perempuan yang dah lama saya tak jumpa. Boleh pula dia meluru ke arah saya. Dia nak peluk saya sebab rindu. 

"Saya terkejut. Saya tahu niatnya baik, tapi masih perlu jaga batas antara lelaki dan perempuan. Ibu bapa, tolonglah ajar anak-anak untuk jaga personal space.

"Batas ini penting untuk jaga keselamatan murid. Lagi-lagi yang umur tujuh hingga 10 tahun. Perlu ingat, kita tak boleh percaya sesiapa pun," ujarnya.

  • Guru tular selepas kongsi cerita mengenai seorang murid perempuan.
  • Dia mendakwa murid itu mahu memeluknya kerana rindu lama tak berjumpa.
  • Guru itu meminta ibu bapa agar mendidik anak-anak tentang batas pergaulan.
  • Ramai netizen terutama ibu bapa sambut baik nasihat guru tuisyen berkenaan.

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads menyambut baik nasihat guru itu memandangkan kes jenayah seksual kanak-kanak semakin kerap berlaku dalam dunia hari ini.

Menurut seorang wanita, dia juga sudah memberi pendedahan awal kepada anaknya tentang sentuhan selamat serta batas-batas pergaulan.

"Saya selalu beritahu anak tentang isu ini. Saya pesan tentang batas. Dia sebagai perempuan tak boleh sesuka hati sentuh, peluk atau cium yang bukan mahram," kongsi wanita itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kelas hujung naik meluat hadap perangai kaki ponteng... Paling geram tiru kerja sekolah kawan!

ARTIKEL BERKAITAN: Koyak rabak pun masih pakai... Ramai sebak tengok cikgu prihatin hadiahkan kasut baharu untuk murid

Menurut netizen lagi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa beringat dan kerap menasihati anak-anak tentang isu berkenaan.

"Terima kasih cikgu sebab jaga batas. Nanti orang nampak dan salah faham pula.

"Bagus cikgu ingatkan. Semoga mak ayah lebih peka dan cakna," tulis netizen lagi.

Artikel Lain