Tabiat kerap ponteng sekolah tidak wajar dipandang remeh kerana ia mengganggu kelancaran aktiviti pembelajaran. -Gambar hiasan AI
ISU kehadiran pelajar ke sekolah bukan sekadar melibatkan rekod kehadiran semata-mata, malah memberi kesan langsung terhadap proses pembelajaran di dalam kelas.Bagi seorang guru, kehadiran yang tidak konsisten bukan sesuatu yang remeh kerana mengganggu kelancaran aktiviti pembelajaran. Demikian luahan seorang guru yang berkongsi rasa kecewanya terhadap sikap segelintir pelajar yang kerap ponteng sekolah sehingga membuatkannya terpanggil untuk berkongsi teguran secara terbuka.Ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah secara konsisten demi masa depan mereka. -Gambar hiasan AI"Sebagai guru kelas bagi kelas hujung. Aku naik meluat dah pasal isu kehadiran. Isu kehadiran bukan masalah kecil ya."Ia mengganggu aktiviti dalam kelas. Sebab apabila nak mengajar chapter baru, yang selalu tak datang sekolah terus lost tak tahu nak buat latihan dalam kelas."End up pinjam buku dan hanya tiru kawan yang selalu hadir," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun Satu kerap ponteng sekolah, bapa bagi alasan anak demam... Air mata guru gugur dapat tahu punca sebenar!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guruMalah guru tersebut mendedahkan, dia sudah beberapa kali mengeluarkan surat amaran kerana tidak mahu tabiat tersebut berterusan memandangkan pelajarnya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan. "Malas datang sekolah otak pun jadi reput lama-lama. Untuk pengetahuan, ini kelas Tingkatan 4. "Belum cerita berapa banyak aku kena buat surat amaran setiap bulan," luahnya.Dalam masa sama, guru berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada ibu bapa sebagai peringatan mengenai kehadiran anak masing-masing.Seorang guru luah rasa kecewa dengan sikap pelajarnya yang suka ponteng kelas.Dia merupakan guru kelas kepada pelajar Tingkatan 4 yang berada di kelas 'corot'.Situasi itu membuatkan proses pembelajaran terganggu kerana pelajar tertinggal silibus.Dia juga sudah mengeluarkan surat amaran beberapa kali namun isu berkenaan masih berterusan.Teguran disuarakan supaya ibu bapa ambil peranan bersama atasi masalah anak ponteng. Ringkasan ini dijana oleh AIMenerusi mesej tersebut, dia berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan memainkan peranan dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah secara konsisten demi masa depan mereka.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan rata-ratanya berpendapat bahawa usaha menangani masalah ponteng sekolah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan pelajar sendiri.Malah, ramai berpandangan bahawa kehadiran yang konsisten merupakan asas penting dalam memastikan pelajar tidak tercicir, khususnya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM."Saya berada dalam situasi yang sama. Saya dah cuba pelbagai pendekatan yang berbeza, tetapi tiada satu pun yang berkesan."Betul puan. Effort parents tu sebenarnya. Ini parents pun sama 'naik'."Memang hebat cikgu yang mengajar kelas hujung. Perlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi," demikian antara komen netizen.