suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai dedah sisi gelap sekolah memandu, menggigil ditengking juruajar bengis - “Perlu ke marah-marah, aku bayar kot”

Tekanan yang dihadapi ketika menjalani latihan memandu boleh membuatkan seseorang mudah panik. -Gambar hiasan AI

PROSES mendapatkan lesen memandu seharusnya menjadi pengalaman pembelajaran yang normal bagi setiap individu, namun tidak semua melalui perjalanan yang mudah dan menyenangkan.

Di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa dan tertekan setiap kali menghadiri kelas memandu disebabkan sikap tenaga pengajar yang didakwa terlalu garang.

"Aku benci driving class. Aku rela jawab exam SPM sekali lagi daripada belajar ambil lesen kereta. 

"Cikgu-cikgu memandu ni assume aku dah tahu semua benda ke? It was my first time pegang stereng, bawa kereta," kongsinya.

Setiap individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu menjalani ujian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). -Gambar hiasan

Individu itu turut mempersoalkan sikap segelintir tenaga pengajar yang didakwa tidak memberikan bimbingan secara berhemah, sebaliknya lebih cenderung meninggikan suara.

"Perlu ke nak marah-marah, hina macam aku ni bodoh sangat? Sebab aku tak pernah bawa kereta la aku daftar driving class.

"Aku bayar kot, bukannya murah. Aku bayar untuk belajar memandu dan buat lesen. Tak boleh ke ajar elok-elok?" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik buat silap, gadis ini sering menangis tiap kali ke kelas memandu... ‘kemuncak’ ketakutan nyaris langgar cikgu - “Mungkin sebab perut kosong”

ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih sekolah memandu hamun remaja perempuan, panggil bodoh tak pandai bawa kereta - “Cikgu di sebelah buka TikTok live”

Tambahnya lagi, pendekatan yang lebih tenang dan sabar dianggap penting bagi membantu pelajar mengatasi rasa gugup ketika berada di belakang stereng, bukannya menambahkan tekanan.

"Boleh je cakap elok-elok bagi kita tak nervous, ini dah marah-marah memang blank la otak jadi lupa semua benda," katanya.

Mengakhiri perkongsiannya, individu tersebut meluahkan rasa trauma yang dialami akibat pengalaman berkenaan dan menyifatkan kelas memandu sebagai sesuatu yang sangat mencabar daripada segi emosi baginya.

  • Seorang individu meluahkan rasa trauma setiap kali menghadiri kelas memandu kerana sikap tenaga pengajar yang garang.
  • Dia mendakwa dimarahi dan dihina walaupun baru pertama kali pegang stereng.
  • Dia mempersoalkan pendekatan segelintir pengajar memandangkan pelajar membayar untuk belajar.
  • Menurutnya, cara pengajaran yang kasar menyebabkan dia lebih gugup dan sukar memberi tumpuan.
  • Perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai netizen berkongsi pengalaman serupa.

Di ruangan komen, ada dalam kalangan warga maya turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika mengikuti kelas memandu, khususnya berdepan tenaga pengajar yang tegas dan kurang sabar.

Sebahagian netizen berpendapat, situasi tersebut boleh menjejaskan keyakinan pelajar baru yang masih belum mahir mengawal kenderaan.

"Rata-rata cikgu memandu perangai memang macam tu, kalau kita dah pandai buat apa cari cikgu.

"Ye betul, mereka siap cakap, takkan tak tahu? Sedih betul first time belajar kena macam ni.

"Kenapa mereka moody betul ya? Semua tak kena, lepas tu kita kena tempias," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia