suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!

Kasut kanak-kanak yang mengeluarkan bunyi mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan orang ramai. -Gambar hiasan AI

KASUT kanak-kanak yang mengeluarkan bunyi setiap kali dipijak sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana dianggap comel dan memudahkan memantau pergerakan si kecil.

Namun, bunyi berkenaan sebenarnya mendatangkankan rasa tidak selesa dalam kalangan orang ramai terutama sekali di dalam klinik kesihatan. 

Seorang ibu muda, berkongsi pesanan ringkas daripada seorang jururawat yang menasihatkan supaya tidak memakaikan kasut berbunyi kepada anak apabila hadir ke klinik.

Kasut mengeluarkan bunyi sesuai dipakai ditempat awam seperti taman permaian. -Gambar hiasan AI

Kasut mengeluarkan bunyi sesuai dipakai ditempat awam seperti taman permaian. -Gambar hiasan AI

"Tadi jururawat di klinik pesan, nanti bila anak dah boleh berjalan, tak perlu pakaikan kasut yang berbunyi kalau datang ke klinik.

"Kalau nak pakai ketika berjalan-jalan di pusat beli-belah tak mengapa, tapi kalau ke klinik tak perlulah sebab bunyinya boleh buat orang lain pening kepala," katanya.

Wanita itu berkata pesanan berkenaan hanyalah peringatan awal kepadanya kerana ketika itu terdapat seorang kanak-kanak lain berlari di luar bilik rawatan sambil memakai kasut berbunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram disindir jururawat sebab hamil rapat, konon nasihat tapi jatuhkan maruah - “Macam kita mengandung anak luar nikah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui bunyi kasut berkenaan adalah bingit dan boleh menyebabkan orang sekeliling rimas dan tidak selesa.

Warga maya berpandangan kasut tersebut hanya sesuai dipakai di tempat yang bising seperti pasar raya kerana memudahkan ibu bapa mengenalpasti anak jika mereka hilang dari pandangan.

  • Ibu muda kongsi pesanan jururawat tentang kasut kanak-kanak berbunyi di klinik.
  • Bunyi kasut dikatakan boleh ganggu suasana di ruang menunggu.
  • Pesanan itu hanya peringatan untuk masa depan anaknya.
  • Perkongsian itu cetus perbincangan netizen tentang kesesuaian kasut tersebut.
  • Ramai berpendapat ia lebih sesuai dipakai di tempat awam seperti mall.

"Dah jadi mak-mak ni bukan setakat kasut bunyi-bunyi tu je bingit tapi mainan yang ada lagu-lagu tu pun rasa bingit.

"Saya anak empat ni pun tak pernah beli kasut macam tu sebab jadi baran bila dengar, ini kan pula jururawat dekat klinik.

"Kasut bunyi-bunyi ni kalau nak pakai dekat taman mainan, pusat beli belah memang bagus tapi jangan pakai dekat tempat urusan rasmi seperti di pejabat," komen warga maya.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia