suria

Wanita geram disindir jururawat sebab hamil rapat, konon nasihat tapi jatuhkan maruah - “Macam kita mengandung anak luar nikah”

Sindiran dihadapan orang ramai memalukan pesakit. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan perancangan keluarga penting dalam memastikan kesejahteraan ibu dan bayi terjaga selain mengelak sebarang komplikasi berbahaya.

Namun pendekatan berhemah dan penuh adab dalam mendidik tentang perkara tersebut perlu dititikberatkan agar dapat memberi kefahaman lebih baik kepada pasangan suami isteri.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir petugas kesihatan yang didakwa gemar menyindir ibu mengandung ketika datang ke klinik kesihatan untuk membuka 'buku pink'.

Wanita hamil sedia mendengar nasihat berbanding disindir di hadapan orang ramai. -Gambar hiasan AI

Wanita hamil sedia mendengar nasihat berbanding disindir di hadapan orang ramai. -Gambar hiasan AI

"Jururawat dekat Malaysia ini memang semua pandai merancang ke? Kenapa kalau ada mak-mak mengandung semula tak sampai dua tahun kena marah?," soalnya.

Apa lebih mengecewakan, wanita tersebut mendakwa ada petugas tergamak mengeluarkan kata-kata sindiran keterlaluan terhadap ibu mengandung.

"Nurse-nurse punya marah macam kita ni mengandung anak luar nikah pula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat menangis sambut kelahiran anak teman lelaki... Nama dalam buku ‘pink’ bongkar segala penipuan!

“Sampai kata, nak sedap sangat kan mengandung lagi. Jahat betul mulut,” katanya.

Menurutnya lagi, dia tidak menolak kepentingan nasihat berkaitan perancangan keluarga namun berharap ia dapat disampaikan dengan cara berhemah tanpa memalukan pesakit.

"Boleh je kalau nak nasihat tapi cakaplah dengan baik. Nasihat dengan sindir lain," katanya lagi.

  • Wanita terkilan didakwa disindir nurse ketika buka buku pink kerana hamil rapat.
  • Perkongsiannya mengundang reaksi netizen yang bersetuju nasihat perlu diberi secara berhemah.
  • Wanita itu berharap petugas kesihatan tidak memalukan ibu hamil ketika memberi teguran.
  • Netizen mendakwa ada segelintir nurse suka membebel dan bercakap kasar di klinik.
  • Isu layanan terhadap ibu hamil di klinik kesihatan kembali menjadi perhatian warga maya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersetuju ada segelintir petugas kesihatan yang bersikap seperti digambarkan. 

"Nak nasihat, nasihat dengan adab bukan marah atau perli. Tapi itulah majoriti meroyan nak marah-marah.

"Dia punya bebel macam orang itu buat dosa. Nak bagi ayat prihatin tapi sampai memalukan orang depan orang ramai," komen warga maya.

Artikel Lain