suria

Disangka balik kampung ziarah keluarga, rupanya kahwin lain! Anak kecewa bapa warga seberang bawa lari duit simpanan keluarga

Bukan mudah untuk seorang anak menerima kehadiran ibu tiri dalam keluarga mereka. -Gambar hiasan AI

DITELAN mati emak, diluah mati bapa.

Demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi dilalui seorang individu yang tersepit antara rasa kecewa terhadap tindakan bapanya dan kasih seorang anak kepada orang tua.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, individu berkenaan berkata segala-galanya bermula apabila mereka sekeluarga mengetahui kisah sebenar di sebalik kepulangan bapanya ke kampung halaman, yang terletak di negara seberang. 

"Ayah kata nak balik kampung, rupanya kahwin lain... bawa semua duit yang kami ada. Duit yang sepatutnya jadi saving hari tua dia dengan mak.

"Duduk sana kerja pagi sampai malam, sampai badan kurus dan hitam untuk tanggung bini baru dan anak tiri. Sakit, tapi nak pergi klinik kena bayar mahal," luahnya.

Tidak ada anak yang sanggup melihat ibu mereka kesedihan. -Gambar hiasan AI

Segala rahsia kini sudah terbongkar.

Bapanya yang kini hidup dalam kesusahan di sana mula meminta simpati agar dibelikan tiket untuk pulang ke Malaysia.

Namun, si anak berada dalam dilema yang besar kerana mengenangkan keadaan ibunya yang masih hancur luluh dan belum mampu menerima kenyataan tersebut.

"Hari-hari mak menangis. Orang kata biarkan dia (bapa) merana dekat sana. Tapi sepanjang saya hidup, dia tak pernah culas. Dia kerja separuh mati untuk sara kami.

"Kalau saya sakit, dia orang pertama paling risau. Macam mana saya nak buang dia? So apa keputusan terbaik sebagai anak? Diluah mati emak, ditelan mati bapa, "ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kantoikan bapa curang! 11 tahun kahwin baru isteri tahu suami banyak habis duit langgan pelacur, patutlah suka marah kalau minta nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin buntu mak tak bagi ayah datang majlis! Masih dendam sebab curang, selepas cerai langsung tak bagi nafkah

Di akhir perkongsian, individu tersebut memohon ruang untuk meluahkan perasaan selain berharap dipermudahkan segala urusan yang sedang dihadapinya.

"Maaf saya bukan nak buka aib keluarga. Saya cari tempat untuk meluah je.

"Mak yang biasa jadi penguat semangat saya pun dah hilang semangat. Nak cerita dekat kawan-kawan pun tak boleh.

"Doakan saya dipermudahkan semua urusan. Saya letih. Masalah kerja, masalah keluarga. Berat nak pikul seorang," ujarnya.

  • Seorang individu meluahkan dilema selepas bapanya didakwa berkahwin lain ketika pulang ke kampung di negara seberang.

  • Bapanya turut membawa wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk hari tua bersama ibunya.

  • Bapanya bekerja kuat menanggung isteri baharu dan anak tiri sehingga kesihatannya terjejas.

  • Ibunya masih belum dapat menerima perkara tersebut, manakala dia pula buntu kerana masih menyayangi bapanya.

  • Warga maya menasihatinya supaya terus kuat selain berharap hubungan keluarganya dapat dipulihkan semula.

Di ruang komen, perkongsian individu tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Ada yang memujinya kerana masih meletakkan rasa hormat dan kasih terhadap kedua-dua ibu bapanya meskipun berdepan situasi yang cukup menyakitkan.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang menasihatinya supaya tidak membuat keputusan terburu-buru selain cuba menjadi penghubung terbaik antara ibu dan bapanya.

"Moga apabila ayah awak balik nanti dia muhasabah diri. 

"Mesti awak berbelah bahagi rasa. Buatlah solat istikharah. Semoga Allah bantu awak dalam isu ni," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain