suria

“Aku nampak details badan dia” - Lelaki trauma, terbayang detik urus janin anak sendiri... Menyesal paksa rakan gugur kandungan

Ramai yang kesal dengan kesilapan masa lalu. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kesal dan kecewa yang amat mendalam apabila tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukannya suatu ketika dahulu kini mula 'menghantui' hidupnya setiap hari.

Mendedahkan bebanan emosi yang sedang ditanggung, lelaki ini mengakui dia pernah terlanjur dengan seorang rakan wanita sehingga mengakibatkan kehamilan yang tidak terancang.

"Aku pernah terlanjur dengan perempuan sampai dia hamil dan disebabkan aku dengan dia hanya berkawan, aku paksa gugurkan kandungan," luahnya di Thread.

Ujar pengadu, meskipun wanita itu akhirnya menurut kata, namun episod ngeri dalam hidupnya bermula apabila proses pengguguran tersebut dilakukan ketika usia kandungan sudah mencecah empat bulan.

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI

Apa yang lebih memilukan, lelaki ini mengakui dia sendiri yang menguruskan proses pengebumian janin tersebut.

Saat itu, dia terpaksa menatap sendiri fizikal bayi yang sebenarnya sudah 'cukup sifat'.

Situasi tersebut meninggalkan kesan trauma yang sangat mendalam sehingga dia gagal melupakan setiap detik peristiwa itu walaupun dua bulan sudah pun berlalu.

"Perempuan tu turuti kata aku dan gugurkan kandungan tapi janin dah cukup sifat sebab berusia empat bulan.

  • Lelaki mengaku paksa rakan wanita gugurkan kandungan luar nikah.
  • Proses pengguguran dibuat ketika usia kandungan empat bulan.
  • Dia sendiri urus pengebumian janin yang disifatkan sudah cukup sifat.
  • Peristiwa itu buat dirinya trauma dan dihantui rasa bersalah.
  • Netizen nasihat segera bertaubat dan dapatkan bantuan pakar.

"Semasa aku tanam, aku nampak setiap details badan dia. Dua bulan dah berlalu tapi benda ni masih mengganggu fikiran aku sampai hari ini," luahnya yang jelas dihimpit rasa kesal.

Disebabkan rasa bersalah yang tidak berkesudahan, dia kini bukan sahaja buntu malah mula mengalami gangguan mental seolah-olah 'dihantui' kesilapan lalu.

Hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya menasihati individu berkenaan untuk segera bertaubat dan dalam masa yang sama mendapatkan bantuan pakar psikiatri bagi menguruskan trauma serta kesihatan mental yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakang

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun kahwin, baru cerita pernah terlanjur dengan ‘shemale‘! Isteri pelik, persoal motif suami buat pengakuan

"Jadilah lelaki yang bertanggungjawab bang, nikah dengan perempuan tu.

"Tak boleh buat apa bang, kau akan dihantui dengan kekesalan tu sampai masuk liang lahad.

"Ramai kahwin tanpa cinta, akhirnya bercinta dan bahagia juga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain