suria

Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakang

Suami tidak sepatutnya berlaku curang, apatah lagi ketika isteri sedang berbadan dua. -Gambar hiasan AI

WANITA yang sanggup menjadi orang ketiga hingga meruntuhkan rumah tangga orang lain sememangnya akan dipandang serong oleh masyarakat.

Namun menurut seorang wanita, dia langsung tidak berniat menjadi perosak rumah tangga, sebaliknya mendakwa turut tersepit dalam permainan lelaki berstatus suami orang.

"Saya pernah terlanjur dengan suami orang. Sebenarnya saya tak tahu dia sudah berumah tangga. Dia maklumkan bercerai dengan isterinya.

Segelintir lelaki tergamak curang ketika isteri mereka sedang sarat mengandung. -Gambar hiasan AI

"Rupanya waktu kami terlanjur tu, bini dia tengah mengandung anak kembar. Anak dia yang ketiga dan keempat. Saya sedih sangat dia buat macam tu.

"Saya juga sedih sebab relakan lelaki tu buat macam tu dekat saya. Saya tak salahkan sesiapa. Mungkin salah saya sebab tak pastikan status lelaki tu," luahnya.

Menurut wanita itu lagi, kisahnya dengan lelaki itu masih lagi segar di ingatan walaupun hubungan mereka sudah berakhir tahun lalu.

  • Wanita mengaku pernah terlanjur dengan lelaki berstatus suami orang.
  • Menurut wanita itu, lelaki tersebut pada awalnya mengaku dia sudah bercerai.
  • Wanita itu memilih untuk tidak meneruskan hubungan selepas tahu cerita sebenar.
  • Dia juga simpati kerana isteri lelaki itu sedang mengandung ketika suaminya curang.

"Dia tipu saya selama ni. Saya kecewa sebab dah letakkan harapan sebelum tahu dia suami orang. Walaupun ini cerita tahun lepas, sakit tu masih terasa.

"Saya diam dan pendam sendiri. Saya takut nak cerita dekat isterinya. Kini dia tengah bahagia dengan keluarga dia. Saya pula terus menghilangkan diri," kongsinya lagi.

Pengakuan berani wanita itu mengundang ratusan komen netizen di Threads walaupun dia tidak mendedahkan identitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terdiam depan doktor selepas didiagnos alami sifilis... Akhirnya terbongkar aktiviti kelamin luar bilik tidur!

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

"Kalau dia bukan suami orang pun, perlu ke sampai terlanjur? Orang zaman sekarang memang mudah dan murah ya.

"Motif nak dedahkan dekat isteri dia sekarang? Cakap je la kau sakit hati tengok lelaki tu bahagia dengan keluarga dia.

"Bagi saya tindakan awak sangat terpuji. Awak sedar dan menyesali dosa-dosa awak," tulis netizen.

Artikel Lain