suria

“Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

Batasan aurat dan adab pergaulan antara ipar-duai perlu dijaga dengan tegas. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda berdepan tekanan emosi selepas terlanjur dengan kakak ipar sendiri hingga menyebabkan wanita itu hamil.

Dakwa pengadu, perbuatan zina itu berlaku tanpa sedar selepas dia digoda kakak ipar.

Katanya, dia sudah cuba melawan dan mengelak setiap kali ajakan bersama namun gara-gara mereka tinggal sebumbung ia menjadikan situasi semakin sukar dikawal.

Jaga batas hubungan antara ipar bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. -Gambar hiasan AI

"Tolong jangan terus kecam aku tanpa baca sampai habis. Ceritanya macam ni, aku tak sengaja mengandungkan kakak ipar sendiri. Aku tahu ayat ni je dah cukup buat orang maki aku.

"Tapi aku minta dengar dulu. Benda ni bukan bermula daripada aku tapi sejak awal lagi kakak ipar yang selalu goda. 

"Aku cuba mengelak tapi apabila tinggal serumah, anda semua faham macam mana tekanan tu. Aku lelaki, ada nafsu. Dalam keadaan tu, jujur aku tak tahan apabila digoda," katanya.

Tambahnya lagi, kejadian itu memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya, apatah lagi dia masih berstatus sebagai seorang pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi dia tinggal spender!” - Wanita sokong ipar tuntut nafkah habis-habisan, geram adik sendiri kaki curang

"Aku tahu mesti ada yang kecam aku walaupun bukan salah aku sepenuhnya. Aku terima kalau itu reaksi anda semua. Aku cuma nak tanya dengan jujur.

"Kalau anda semua di tempat aku, apa tindakan yang sepatutnya? Benda ni menjejaskan kesihatan mental aku," luahnya lagi yang mengaku akan kekhilafan tersebut.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan perkara dikongsikan lelaki ini.

Rata-ratanya menegur tindakan tinggal serumah antara ipar-duai yang akhirnya membuka ruang kepada perkara tidak diingini.

  • Lelaki muda tertekan selepas terlanjur hingga kakak ipar hamil, mohon tidak terus dihukum.
  • Dakwa godaan bermula daripada kakak ipar, sukar dielak kerana tinggal serumah.
  • Akui khilaf, situasi jejaskan emosi sebagai pelajar.
  • Bertanya apa tindakan wajar jika orang lain di tempatnya.
  • Netizen tegur isu ipar-duai tinggal bersama, nasihat segera menjauh dan bertaubat.

"(Menyesal) sebab dah mengandung... bayangkan jika tak mengandung? Entah sampai bila kamu tak akan cari kami kan?

"Tu sebab tak digalakkan anak perempuan atau lelaki mahupun saudara lain jantina tinggal bersama ipar-duai.

"Benda ni sudah terjadi pada aku tapi bukan terlanjur. Kakak ipar aku apabila dia balik kampung, dia cium pipi kiri dan kanan. Beberapa kali dah elak tapi dia tetap buat. Sekarang aku jauhi dia.

"Keluar daripada rumah tu cepat. Masih sempat bertaubat. Sebesar mana pun kesalahan atau dosa yang kita buat, asalkan benar-benar bertaubat dan tak ulangi kesilapan tu, insya-Allah diampunkan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain