Kebanyakan pekerja tidak gemar terlibat dalam aktiviti syarikat selepas waktu bekerja. -Gambar hiasan AI
SEORANG pekerja meluahkan rasa rimas dan tertekan dengan sikap ketuanya yang didakwa terlalu mencampuri urusan peribadi kakitangan.Bukan itu sahaja, dia dan pekerja lain turut dipaksa untuk meluangkan masa setiap bulan bersama majikan, seolah-olah menjayakan program pejabat. "Kenapalah ada bos yang suka nak ada personal relationship dengan staf dia.Konflik antara bos dan pekerja sering berlaku. -Gambar hiasan AI"Setiap bulan (majikan) nak outing bersama pekerja," luahnya di Thread.Lebih mengejutkan apabila wanita ini mendedahkan tentang cadangan majikannya yang ingin berkunjung ke rumah setiap pekerja."Dengan muka tak malu, bagi idea nak datang rumah staf-staf dia.Pekerja makan hati bos paksa 'outing' setiap bulan, siap pasang niat nak datang rumah staf.Pekerja rimas bos suka campur urusan peribadi.Setiap bulan dipaksa sertai ‘outing’ pejabat.Bos siap cadang nak datang rumah pekerja.Sudah micromanage, hujung minggu pun tak bebas.Netizen simpati, nasihat letak sempadan atau cari kerja lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cukuplah terseksa dengan dia punya style micromanage," tambahnya yang turut terbeban kerana waktu hujung minggu juga adakalanya perlu diluangkan bersama majikan.Rata-rata warga maya bersimpati dan menganggap tindakan majikan berkenaan sebagai melampaui batas.Tidak kurang juga yang menasihatinya untuk cuba mencari pekerjaan lain.ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali semingguARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baru sedar kemudahan laptop rupanya scam terbesar! Tak cukup 8 jam kerja di pejabat, kena sambung sampai malam di rumah"Set boundaries siap-siap, bukan tak mesra langsung tapi jangan campurkan hal peribadi dengan periuk nasi."Cakap dengan bos supaya bersikap lebih profesional."Tak perlu dilayan kalau selepas waktu pejabat atau pada cuti hujung minggu. Bos hanya di pejabat," demikian antara reaksi netizen.