GURAUAN kasar seorang lelaki terhadap seorang bayi membuatkan ibunya berasa terkilan, kerana menganggap kata-kata yang dilontarkan sangat tidak wajar.Menurut perkongsian ibu kepada bayi itu, dia bertemu dengan lelaki tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan bersama anaknya yang baru berusia sembilan bulan. Ketika berada di majlis berkenaan, lelaki itu yang dianggarkan dalam lingkungan usia 30an tiba-tiba menegur anaknya."Lelaki tu tegur anak saya, dia cakap anak ni tak takut orang ni bila dah besar. Nanti dah besar dia jadi keras kepala macam... dia pandang saya. Dia cakap, macam awak (ibu bayi) la. Kata-kata yang mengguris hati boleh membuatkan seseorang mengalami tekanan emosi. -Gambar hiasan AI"Kemudian dia bandingkan dengan anak kawan saya. Dia cakap tengok (bayi) yang ni, senyap je. Dah besar ni lembut ni," wanita itu mengimbas kata-kata lelaki berkenaan.Terkedu mendengar ayat tersebut, wanita itu tertanya-tanya kenapa lelaki berkenaan berkata sedemikian seolah-olah dirinya seorang tukang tilik yang mampu meramal sikap seorang bayi apabila sudah dewasa kelak.Bagaimanapun, dia mengakui hanya mampu berdiam diri ketika itu walaupun dalam hati sudah ‘mendidih’ menahan marah.ARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak kerja luar negara, makcik perlekeh ‘rider’ tiada pelajaran - “Tapi saya jumpa mak setiap hari”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lapor kebiadaban pakcik e-hailing! Cakap kasar, bawa isteri teman bekerja - "Sesetengah orang tua memang kurang adab ke?""Balik dari tempat kenduri tu saya asyik fikir sambil hati merentan-rentan kenapa saya tak 'tepek' (balas) je orang tua ni. Annoying gila."Anak baru sembilan bulan dah didoakan yang bukan-bukan. Minta jauh la dari doa-doa buruk daripada orang lain. Kenapa kena cakap macam tu. Saya ni kenal dia pun tidak."Saya rasa macam, apa benda ni? Sambil dia bercakap tu, dia usap kepala anak saya pula. Mendidih darah masa dia cakap, tapi masa tu tak boleh berkata-kata. Sekarang rasa menyesal," katanya.Wanita kurang senang bayi usia 9 bulan ditegur dengan kata-kata tidak wajar di sebuah majlis kenduri.Lelaki tak dikenali ramal bayinya itu akan bersikap keras kepala sambil banding dengan bayi lain.Wanita itu terkedu, hanya diam walau hati marah.Di rumah, dia masih terfikir dan bimbang 'doa' buruk tersebut jadi kenyataan.Netizen nasihat supaya abaikan kata-kata tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mendapat perhatian warga maya terutama golongan ibu yang rata-ratanya memahami perasaan wanita berkenaan."Tak apa sis. Ada orang, dia cakap sesuatu yang mencerminkan diri dia atau ahli keluarga sendiri."Dia sebenarnya bukan nak peduli ke anak tu sangat. Dia nak cara ke maknya. Ada la benda tak kena dekat mata dia tu tapi tak boleh nak beritahu. Sudahnya, anak yang kena. Awak abaikan saja," komen beberapa netizen.