suria

‘Rembat’ RM600 dari SPayLater, suami kesal isteri salah guna kebebasan! Dah buat salah, mengamuk pula bila ditanya

Lelaki terkejut bil menunjukkan terdapat pengeluaran wang dari akaun e-dagang miliknya. -Gambar hiasan AI

ISU curang membuatkan kebanyakan suami pada masa kini bersikap terbuka dengan memberi kebebasan kepada isteri untuk memeriksa telefon bimbit mereka.

Melakukan perkara sama, lelaki ini tidak menyangka kepercayaan yang diberikan itu akhirnya makan diri sendiri.

Berkongsi cerita, lelaki berusia 31 tahun ini berkata dia pada awalnya membenarkan telefon bimbit miliknya diperiksa dan digunakan isteri tanpa perlu meminta keizinan.

"Sejak awal kahwin, aku tak pernah halang isteri untuk check telefon aku tanpa izin.

Suami isteri sering bertengkar mengenai masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

Suami isteri sering bertengkar mengenai masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

"Aku pun tak ada apa-apa yang nak disorokkan, jadi aku tak kisah sangat," ujarnya di Thread.

Beranggapan tiada masalah yang akan timbul, dia bagaiamanpun terkejut apabila menyedari terdapat satu transaksi mencurigakan melibatkan akaun kewangan e-dagang (SPayLater) miliknya.

"Aku baru tahu tiba-tiba SPayLater aku masuk bil. Dia cashout RM600 lebih ke akaun dia," luahnya, terkilan.

Lebih mengecewakan apabila isterinya bukan sahaja enggan mengaku kesilapan, malah bertindak di luar kawalan apabila ditanya tentang perkara itu.

  • Suami izinkan isteri bebas periksa dan guna telefon.
  • Terkejut bila SpayLater di 'cash out' RM600 lebih oleh isteri ke akaunnya.
  • Isteri mengamuk, dakwa pernah minta izin.
  • Lelaki bimbang perkara sama berulang.
  • Netizen nasihat potong elaun, tutup akaun dan bersabar.

"Apabila aku confront baik-baik dan tanya kenapa tak minta izin dulu, dia tiba-tiba mengamuk dan cakap dah pernah minta izin sekali.

"Obviously aku tak tahu dia pernah cakap pun sebab memang aku sebolehnya nak elak guna SpayLater ni," tambahnya lagi.

Situasi menjadi semakin tegang apabila isterinya bertindak masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu sebagai tanda protes.

Buntu dengan situasi berlaku, lelaki ini dalam masa sama turut meluahkan rasa bimbang sekiranya perkara sama berulang lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih duit STR bakal ‘dirampas’, suami gaji RM4,000 minta bahagi dua! - “Saya mohon untuk suri rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kahwin, isteri terkejut periksa telefon suami! Ligat langgan servis urut sambil maksiat - “Dah macam katalog order makan”

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memintanya supaya bersabar dengan kerenah isteri.

"Awak boleh bayar penuh dengan tolak elaun bulanan isteri tu dan terus terminate je akaun.

"Kenapa perempuan macam ni selalu senang kahwin awal dan selalu jumpa lelaki baik.

"Kalau adik perempuan aku, memang aku tampar bagi pihak kau," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain