PENCERAIAN bukan sahaja meruntuhkan sebuah rumah tangga, tetapi turut memberi kesan emosi yang mendalam kepada anak-anak kerana terpaksa berada di tengah konflik antara ibu dan bapa.Situasi inilah yang dilalui seorang anak apabila keluarganya kini berada di ambang perpisahan selepas bapanya didakwa curang. Menurut individu ini dalam satu perkongsian di Thread, dia dihubungi bapa selepas ibunya nekad mahu bercerai kerana sudah tiada rasa sayang."Ayah beritahu masa call saya, mama dah tak sayangkan dia dan minta cerai. Ayah cakap yang dia akan pertimbangkan benda tu. Ayah tanya, kalau bercerai... saya tak akan sayang dia juga ke?Pergaduhan berpanjangan suami isteri boleh membawa kepada penceraian. -Gambar hiasan AI"Sebab dia nak hak penjagaan anak. Dia tanya saya selesa tak bila dia datang rumah mama saya (ibu bapa tidak tinggal sebumbung). Jadi saya cakap, 'tak selesa sangat' sebab tak nak buat dia terasa."Ayah tanya boleh ke kalau lepas mereka bercerai, saya duduk bergilir-gilir? Dua bulan duduk rumah mak, dua bulan lagi duduk dengan ayah," ceritanya.Bagaimanapun dia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyatakan bahawa dirinya memerlukan masa untuk memaafkan bapa atas kecurangan yang berlaku.Situasi menjadi lebih tegang apabila jawapannya disambut dengan respons yang menyentak emosi semasa mereka berbual melalui telefon.ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, keluarga pula miskin... Anak gadis baru mula kerja tak mahu kahwin, siap rancang nak buang rahim!ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, anak jadi mangsa konflik keluarga... Pemuda hadapi tekanan emosi, bapa asyik ungkit hadiah kereta"Lepas saya kata bukan mudah nak maafkan ayah, dia cakap kalau macam tu ayah pun boleh tak maafkan awak dengan dosa-dosa lama awak buat."Ayah boleh saja tak bantu awak untuk ambil atau hantar barang ke rumah mama sebab ayah rasa macam dipergunakan. Saya pun balas dengan jawapan 'okay', kemudian ayah matikan panggilan."Sekarang saya tak tahu nak buat macam mana sebab jujur tak boleh tengok pun muka dia. Rasa marah nak mengamuk. Saya nak tinggal dengan mama tapi tak nak kurang ajar dengan ayah," katanya yang tidak mendedahkan umur.Anak tertekan selepas ibu bapa di ambang perceraian akibat kecurangan bapa.Bapa bertanya jika kasih anak berubah serta menyebut soal hak penjagaan.Dia cadang anak tinggal bergilir dua bulan dengan ibu dan bapa.Anak tolak cadangan itu dan bapa membalas dengan kata-kata berbentuk ugutan.Netizen menyokong anak dan mengkritik sikap bapa tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIKisah kebuntuan wanita itu menarik perhatian ramai, termasuk seorang netizen yang tampil memberi pandangan dan nasihat."Pertama sekali, hak penjagaan anak biasanya untuk anak bawah usia 12 tahun. Jika atas usia 12 tahun, terpulang pada awak nak duduk dengan siapa dan bila."Boleh buat 50 hingga 50 setiap minggu atau hanya tinggal dengan ayah pada hujung minggu saja. Tak fahamlah ayah yang nak ugut-ugut anak."Macam tak berdosa dekat anak pula bila dia main ugutan macam tu," antara komen netizen itu.