SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan kecil hati apabila pengorbanannya, termasuklah kesanggupan berhenti kerja demi menjaga bapa yang uzur seolah-olah tidak dipandang oleh warga emas itu.Lebih menambah rasa pilu apabila bapanya juga didakwa enggan meletakkan namanya sebagai penama akaun bank walaupun sekadar bertindak sebagai pentadbir. "Aku yang sanggup berhenti kerja jaga dia (ayah) tapi nak letak penama akuan bank pun, tak sanggup nak sebut nama aku.Segelintir individu sanggup berhenti kerja demi menjaga orang tua yang sakit. -Gambar hiasan"Mula-mula dia cakap 'tak apa, tengok dulu' kemudian aku cakap yang dia kena buat keputusan juga. Okay bapa letak nama abang, dia kata nanti bagitahu," luahnya di Thread.Menurut wanita ini lagi, sikap pilih kasih bapanya itu membuatkan dia berasa terkilan dan tertanya-tanya kenapa hatinya tidak dijaga meskipun telah banyak berkorban.Dia turut menjelaskan bahawa apa yang diharapkan daripada bapa bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya bagi memudahkan urusan pembahagian harta dan faraid sekiranya kematian berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda korbankan kerjaya, tolak tawaran belajar... Sanggup balik kampung jaga bapa sakit - “Abah hanya ada satu”ARTIKEL BERKAITAN: Sejak Form 3 anak angkat jaga mak ayah sakit sampai hujung nyawa, 2 kali berhenti kerja... Umur 30 tahun dilantik jadi CEO 3 anak syarikatMalah kata wanita ini, selaku anak bongsu, dia yang memikul segala tanggungjawab menguruskan hal berkaitan keluarga termasuk urusan faraid arwah ibunya sebelum ini."Aku yang rela ambil tanggungjawab urus faraid bagi pihak abang-abang, kakak-kakak. Tapi bapa aku sikit pun tak pandang apa aku dah buat."Aku tak minta dia bagi semua duit pada aku... cuma macam tak nampak langsung aku sebagai anak yang jaga dia. Kakak suruh letak penama sebagai nama aku pun, dia senyap seribu bahasa.Wanita sanggup berhenti kerja jaga bapa uzur.Terkilan tak dipilih sebagai penama akaun bank bapa.Dakwa bapa pilih kasih, tak hargai pengorbanan.Anak bongsu urus faraid arwah ibu dan hal keluarga.Netizen simpati, nasihat sabar dan jaga emosi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Common sense dia tak ada, dia tak kisah langsung pada aku," tambahnya, sayu.Menurut wanita ini, meskipun terguris hati, namun sikap dan tingkah laku bapanya itu mengajar dirinya tentang erti keikhlasan seorang anak tanpa dibalas ucapan terima kasih.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib menimpanya.Warga maya berkongsi pengalaman dan pandangan.Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya menjaga emosi dan terus kuat menghadapi ujian sebagai anak yang memikul tanggungjawab besar dalam keluarga."Cuba fikir dari sudut yang baik, besar pahala yang awak buat tu, cuma syaitan saja bisik-bisik main perasaan macam tu."Ada sebab ayah kamu tak letak nama kamu tapi nama kamu sudah terpahat di hati dia. Jangan berkecil hati."Hidup ini jangan terlalu berharap dengan harta orang tua, jasa dia jaga kita sampai besar pun tak terbalas," demikian antara reaksi netizen.