NASIB malang menimpa seorang penghantar barang (runner) apabila salah seorang pelanggannya enggan membayar wang selepas menerima barang.Meluahkan kesedihan di media sosial, dia yang kini hamil lapan bulan berkata, barangan tersebut dibeli menggunakan kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD). "Semalam ada satu barang besar dan berat yang aku tak boleh nak hantar, jadi aku minta bantuan rakan setugas tolong hantarkan."Sampai je, aku terus hubungi pelanggan tapi dia tengah mandi dan anaknya yang jawabkan.Sesetengah pelanggan gemar menggunakan kaedah pembayaran COD. -Gambar hiasan AI"Masa tu aku dah cakap yang barang berharga hampir RM500 dan anaknya maklumkan yang ayahnya akan turun," dia bercerita di Thread.Menurut runner tersebut, selepas bersemuka dengan suami pelanggan, dia dan rakan cuba berbual tentang dua barang yang dibeli isterinya itu kerana ia bersaiz besar dan berat.Bagaimanapun, ketika proses penyerahan dilakukan, lelaki tersebut nampak tergesa-gesa mengambil barang terseut dan segera masuk ke rumah."Dia cakap nanti bagi kod QR pada isteri sebab isteri dia tengah mandi.ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka amalan 'memandai' genapkan bayaran COD, rider bidas pelanggan kedekut - "Kami tak kaya pun dengan ekstra sen tu"ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pesan nasi kandar tapi tak mampu bayar COD... Rider tersentuh hati dengar suara anak dalam rumah mengadu lapar"Aku dan rakan cuba lengahkan masa dia dengan ajak berborak untuk tunggu pengesahan daripada isteri dia."Tapi dia punya menggelabah nak angkat barang tu, macam tiada hari esok... rakan aku pun suruh tandatangan walau tiada bayaran," tambahnya yang terkilan dengan sikap pelanggan terbabit.Jelasnya, konflik pembayaran bermula apabila pelanggan tersebut mendakwa salah satu daripada barang yang diterima sudah dibatalkan pembelian dengan pihak penjual."Dia cakap barang tu dia dah cancel dengan seller. Lepas tu dia kata seller tu jahat sebab dah cancel tapi masih hantar barang. Runner hamil lapan bulan dakwa pelanggan enggan bayar barang COD.Barang hampir RM500 dihantar bersama rakan setugas.Pelanggan ambil barang sebelum bayaran dibuat.Alasan satu barang sudah dibatalkan, enggan jelaskan bayaran penuh.Runner bukan saja rugi, malah dimarahi dan dihina, netizen simpati.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang dia tak nak bayar, dia bayar yang lagi satu barang saja."ID aku tergantung COD RM280. Kau rasa mana aku nak cekau (duit)?" luahnya yang buntu kerana bakal berdepan penalti jika bayaran tidak diselesaikan.Lebih menyedihkan, wanita ini bukan sahaja kerugian wang ringgit, malah mendakwa dirinya dimarahi dan dihina oleh pelanggan tersebut ketika cuba meminta bayaran.Reaksi netizen."Aku bergaduh juga dengan (pelanggan) perempuan ni. "Dia siap cakap sistem senang saja, pastu salahkan aku sebab aku pergi sign benda tu padahal tak dapat bayaran lagi."Dia macam hina aku kerja ni," tambahnya.Perkongsian tersebut mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya berang dengan sikap pelanggan yang dianggap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan pekerja penghantaran.