TERDETIK rasa was-was di hati seorang isteri tatkala menemukan sebuah kotak lama milik suami ketika dia sedang mengemas bilik bacaan di rumah.Menurut wanita berkenaan, kotak itu mengandungi beberapa pucuk surat serta sekeping gambar yang kelihatan sudah usang. Tanpa berfikir panjang dia membaca semua isi surat yang terdapat di dalam kotak berkenaan.Kehilangan kawan baik boleh memberi kesan mendalam kepada sesetengah individu. -Gambar hiasan AI"Saya mula membuka surat-surat tu, membaca satu persatu. Ada satu nama muncul berulang kali. Nama itu sama dengan nama anak lelaki kami. Saat itu saya tersentak," ujarnya dalam hantaran dibuat di Facebook.Bagaimanapun tanda tanya itu terlerai apabila dia akhirnya menyedari nama tersebut sebenarnya milik sahabat baik suaminya yang meninggal dunia sebelum mereka mendirikan rumah tangga.Ingatan kemudian melayang kepada cerita lama yang pernah dikongsikan ibu mentuanya mengenai individu berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa kotak rahsia di rumah mentua, isteri baca kuat-kuat surat cinta suami untuk bekas-bekas kekasih - “Saya pun salah seorang ex dia"ARTIKEL BERKAITAN: Suami beria ‘panjat’ pejabat JPN, nak tukar nama anak kepada ‘Aina Nasuha’... Tak sangka rupanya ‘bayangan’ bekas kekasih!"Rupanya tu nama kawan baik suami yang meninggal dunia sebelum kami kahwin. Saya teringat cerita ibu mentua saya."Katanya lepas kawan dia meninggal dunia, suami saya pernah mengalami depresi yang sangat teruk sampai berat badannya turun hampir 5 kilogram dalam tempoh singkat," katanya.Namun perkara tersebut membuatkan wanita berkenaan tertanya-tanya, mengapa kisah sepenting itu serta kotak yang disimpan ini tidak pernah diceritakan sepanjang perkahwinan mereka.Isteri was-was selepas jumpa kotak lama milik suami.Nama dalam surat sama dengan nama anak mereka.Rupanya nama sahabat baik suami yang telah meninggal dunia.Suami pernah kemurungan selepas kehilangan rakan karib.Netizen minta isteri tidak berprasangka berlebihan.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan luahan yang dibuat, ramai warga maya membalas hantaran itu dengan pelbagai pendapat dan respons."Kalau suami bukan jenis sondol belakang (songsang), tak perlu overthinking sangat."Kenangan lama, biarlah ia terkubur. Tidak perlu diselongkar lagi. Itu kisah dia sebelum kahwin. Kisah lalu dengan rakan karibnya."Setakat kawan lelaki ni, tak payah la nak ambil tahu sangat. Sudah meninggal pun tapi kalau kawan perempuan memang kena korek juga la tak kira meninggal ke tak," komen beberapa netizen.