SEORANG isteri meluahkan rasa kecewa terhadap suami yang didapati masih tidak move on dengan memori lama zaman bercinta walaupun sudah berumah tangga dan dikurniazakan zuriat.
Berdasarkan perkongsian di laman X, wanita itu berkata dia mula merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila suaminya mengajak ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama anak mereka.
"Aku dengan suami pergi JPN tukar nama anak. Puncanya laki aku beria nak guna nama Aina Nasuha," ceritanya.
Tambah pengadu dia hairan mengapa suaminya begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama Aina Nasuha, sedangkan dia sendiri kurang setuju.
Namun akhirnya pengadu mendapat jawapan apabila mereka pulang ke kampung suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak tak boleh bin bapa kandung, JPN suruh pilih 99 nama Allah... Wanita ini kongsi pengalaman urus keluarga tanpa suami
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran cahaya pertama, mak ayah jangan lupa daftar anak! Ini senarai semak dokumen perlu dibawa ke JPN
Sewaktu di rumah mentua, dia tanpa sengaja terjumpa sebuah kotak berisi surat cinta lama milik suaminya.
Daripada situ, barulah pengadu mendapat jawapan nama yang dicadangkan untuk anak kedua mereka itu sebenarnya didakwa sama dengan bekas kekasih suaminya.
Luahan itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita ini.
"Terlalu pentingkan dirinya suami kau ni, minta cerai sajalah kak. Hati dia masih ada bekas teman wanita.
"Boleh letak nama bekas kekasih tapi janganlah sampai bini tahu. Perempuan ni tahap rasa cemburu dia memang tak boleh dijangka akal.
"Aku tak habis fikirlah, ada ye lelaki atau perempuan suka bagi nama anak sempena nama bekas kekasih. Atas tujuan apa? Awak nak ingat lagi kisah lama kalau dah pilih hidup dengan orang lain?," komen beberapa netizen.


