suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaya tembaga dilihat di tepi jalan, penduduk diminta berhati-hati

Buaya sesat muncul berhampiran sungai di Duyong, Melaka. -Gambar media sosial

SEEKOR buaya jenis tembaga dilaporkan sesat dan muncul di kawasan Empang 25, Duyong di Melaka pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengingatkan penduduk di kawasan itu supaya berhati-hati selepas buaya itu muncul di tepi Jalan Perigi Hang Tuah, berhampiran sungai.

"Pasukan bomba yang berada di lokasi berjaya menghalau haiwan itu kembali ke sungai.

"Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menasihati orang ramai yang melalui kawasan tersebut supaya berhati-hati, sementara tindakan susulan sedang diatur pihak berkuasa.

 

Artikel Lain