suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bumbung LRT bocor, pokok tumbang di stesen Bangsar

Hujan lebat menyebabkan air menitis dari bumbung LRT. -Gambar media sosial

HUJAN lebat berterusan menyebabkan air menitis masuk dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada Isnin.

Berdasarkan perkongsian di Threads [Tonton Video], air hujan kelihatan menitis dari bahagian bumbung dan memasuki ruang tren.

"LRT banjir. Laluan Kelana Jaya," kata pengguna yang berkongsi video tersebut.

Kejadian bumbung LRT bocor hingga dimasuki air bukan perkara baharu kerana pada 14 Mei tahun lalu insiden yang sama turut berlaku ketika hujan lebat.

Beberapa pokok tumbang dan menghempap kereta di stesen LRT Bangsar. -Gambar media sosialBeberapa pokok tumbang dan menghempap kereta di stesen LRT Bangsar. -Gambar media sosial

Sementara itu, berdasarkan perkongsian netizen hujan lebat sejak pagi menyebabkan perkhidmatan tren laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan.

Selain itu, beberapa pokok dilaporkan tumbang di bawah stesen LRT Bangsar dekat Jalan Ang Seng yang menyebabkan beberapa kereta mengalami kerosakan.

Setakat ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit.

 

Artikel Lain