SEORANG pelayar Thread meraih perhatian ramai selepas menegur segelintir golongan lelaki yang semakin berisi selepas mendirikan rumah tangga.Dalam hantarannya, wanita itu berkata ramai lelaki membiarkan diri mereka semakin gemuk kerana tidak pernah ditegur isteri masing-masing. "Kenapa kebanyakan perempuan tak kisah pun kalau suami dia perut buncit dan boroi? Kamu semua memang suka suami yang perut ke depan ni?Berat badan berlebihan boleh menjadi punca masalah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Lelaki yang perut macam mengandung ni nampak comel ke? Tak hairanlah ramai suami macam selekeh dan tak kisah pun tentang penampilan diri sebab awak terima je dia begitu," tulisnya.Dalam hantaran sama, wanita yang masih bujang itu turut meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir golongan isteri yang terlalu baik sehingga sanggup menerima kekurangan fizikal suami.Tambahnya lagi, ia cukup berbeza dengan layanan yang diterima golongan wanita sekiranya mereka gagal mengawal bentuk fizikal diri selepas berumah tangga.Wanita buat teguran terbuka di Thread tentang lelaki yang boroi selepas kahwin.Dia turut hairan dengan isteri yang sanggup menerima fizikal lelaki mereka.Wanita itu mempersoalkan layanan yang diterima kaum Hawa sekiranya mereka semakin gemuk selepas kahwin.Segelintir wanita di ruangan komen berkata mereka memang suka suami mereka memiliki perut yang boroi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kita ni jadi perempuan terlalu baik sangat, selalu terima je lelaki yang tak jaga badan dan selekeh. Tapi orang laki apabila kita dah tak cantik, gemuk... belum tentu dia boleh terima."Kalau tak tegur, orang lelaki ni seronoklah hidup tak perlu jaga badan sedangkan perempuan selalu dituntut kena sentiasa cantik. Kalau lelaki selekah tak apa," ujarnya lagi.Hantaran Thread itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen, khususnya daripada golongan suami isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terpaksa cari ‘ex BF’ sebab tak puas batin, salahkan badan suami besar macam pintu - “Libido aku tinggi”ARTIKEL BERKAITAN: Habis beribu ringgit, isteri tak kurus-kurus malah makin gemuk! Suami kecewa, lafaz talak bersyarat"Isteri saya macam ni. Dia lagi suka kalau saya boroi sikit. Dia suka pegang perut saya."Suka hati la. Suami masing-masing. Aku suka laki aku gebu-gebu. Kau tak suka lelaki boroi, itu kau punya masalah."Biarlah dia buncit. Kalau ada six pax, ramai pula penyondol yang mohon nak jadi madu," tulis beberapa netizen mempertahankan bentuk fizikal suami masing-masing.