suria

Isteri terpaksa cari ‘ex BF’ sebab tak puas batin, salahkan badan suami besar macam pintu - “Libido aku tinggi”

Ada wanita yang curang kerana tidak puas ketika bersama dengan suami sendiri. -Gambar hiasan AI

SEORANG isteri membuat pengakuan di laman X dengan mendedahkan dia masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya.

Menurut wanita itu, dia tidak mencapai nikmat kebahagiaan kerana perkahwinannya diatur oleh keluarga.

"Dulu aku ada teman lelaki yang tak ada duit sangat. Dia baran, tapi dia selalu ada untuk aku dan sanggup buat apa saja.

Wanita tak sepatutnya berhubung dengan bekas kekasih selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Tapi kami putus sebab dia pukul aku, kantoi dengan mak ayah aku. Aku dipaksa kahwin dengan kawan ayah aku. Mak ayah sanggup taja majlis kahwin.

"Lepas tu aku contact balik ex boyfriend. Aku tak sayang pun suami aku. Aku masih sayang ex aku," tulis wanita itu.

Lebih mengejutkan, wanita itu berkata dia kembali mengulangi dosa zaman silam apabila sudah beberapa kali terlanjur dengan bekas kekasihnya.

  • Wanita mengaku curang dan kembali berhubung dengan bekas kekasihnya.
  • Dia tidak bahagia dengan suami kerana perkahwinan itu diatur oleh keluarga.
  • Dia juga tidak puas di ranjang dan menyalahkan fizikal suaminya yang berbadan besar.
  • Ramai pelayar X menyelar wanita itu dan meminta agar dia berpisah dengan suaminya.

"Kami kerap berjumpa dan sambung buat benda atas katil walaupun aku isteri orang. Aku dah tahu benda ni akan jadi sebab libido (rangsangan seks) aku tinggi. 

"Suami aku berduit, dah stabil, tapi fizikal dia... badan besar macam pintu. Aku selalu tak puas atas katil," luah wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai pelayar X menyelar wanita itu kerana sanggup melakukan dosa besar kerana tidak bahagia dalam perkahwinannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikhianati mentua, tergamak sokong suami tambah ‘cawangan’ - “Entah apa perempuan tu ‘tabur’ dekat mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak senang duduk, syak suami curang sebab tiba-tiba ‘clean shave’... Beri jawapan 'selamat' bila ditanya

Malah, netizen turut memberi saranan kepada wanita itu agar dia berpisah dengan suami untuk mengelakkan dosa yang berterusan.

"Nafkah zahir dapat dengan suami. Nafkah batin dapat dengan bekas kekasih. Bercerailah secara elok.

"Sepatutnya kamu minta cerai. Tapi dah sedap hidup selesa, suami tanggung... takkanlah sanggup tinggal semua tu," tulis netizen.

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!