SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila rahsia yang disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya selama berpuluh tahun terbongkar di pejabat agama.Lebih menambah rasa pilu apabila insiden tersebut berlaku kira-kira sebulan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. Meluahkan rasa hiba, dia menceritakan bagaimana status dirinya sebagai anak tidak sah taraf terbongkar ketika dia dan bakal suami ingin menghantar borang pernikahan.Masih ramai yang memandang serong dengan wanita bunting pelamin. -Gambar hiasan AI"Aku adalah dosa silam mama papa tanpa aku sendiri tahu sehinggalah submit borang nikah. Aku berdua dengan bakal suami hantar borang nikah."Dungu je aku, tak pernah perasan atau pertikaikan tarikh nikah mama papa dengan bulan kelahiran aku sendiri sehinggalah pegawai tu kira depan mata," luahnya di Thread.Menurut wanita ini lagi, pertanyaan pegawai di pejabat agama pada hari tersebut terpahat di hati sehingga kini."Awak lahir tak cukup bulan ke?" demikian soalan yang diajukan kepada dirinya.Tambahan pula, dia diminta untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua orang tuanya termasuk membawa buku rekod kelahiran.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bunting pelamin dituduh berzina sebelum nikah... Kenalan siap tanya tarikh berjimak, nak kira usia kandunganARTIKEL BERKAITAN: Bakal masuk tadika, ibu risau anak tak sah taraf persoal nama bapa... Wanita tampil beri nasihat - "Mak abah buat silap dengan Allah""Rupanya betul andaian aku, tapi mama diam je dan tidak minta maaf seperti papa atas kesilapan silam mereka."Aku minta bakal suami jujur dengan keluarganya sebab mereka keluarga baik-baik, berpelajaran dan kerja bagus."Jauh beza dengan keluarga aku sendiri, tapi mereka terima aku," tambahnya yang tidak menyangka peristiwa lapan tahun lalu itu kini memberi kesan besar dalam kehidupannya dan anak-anak.Katanya, ibu mentua seolah-olah paranoid dengan dirinya gara-gara hamil di awal perkahwinan.Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat agama.Diketahui sebulan sebelum majlis kahwin.Mentua paranoid, sering soal status kandungan.Lepas bersalin, dipulau hingga alami 'baby blues'.Netizen beri sokongan, minta jauhi mentua.Ringkasan ini dijana oleh AIMengimbau kejadian tersebut, pengadu mendakwa, mentua sentiasa bertanyakan tentang usia kandungan selepas berita kehamilannya diketahui keluarga."Masa aku bunting pelamin, setiap minggu mentua call tanya berapa minggu (kandungan). "Dia tanya suami, aku masih dara atau tak semasa menikah, betul ke anak dalam kandungan tu cucu dia, hinanya rasa sampai anak dalam perut pun dihina juga."Setiap bulan akan call tanya pasal baby dalam perut berapa minggu seolah-olah nak track sah taraf atau tidak," katanya yang terguris hati dengan sikap mentuanya.Warga maya memberi pesanan dan nasihat.Beranggapan situasi akan berubah selepas wajah anak yang dilahirkan menyerupai wajah suami dan keluarga mentua, pengadu terkejut apabila dia 'dipalau' (dipinggirkan) sepanjang tempoh berpantang."Hilang cerita anak tu benih lelaki lain, mentua datang jaga tapi disebabkan salah faham, aku yang baru bersalin caesarean dibiarkan seorang diri bersama baby."Terlantar aku sampai pukul 3 petang, badan menggigil tapi sakit sangat kalau nak bangun."Hubungi suami, dia suapkan makan dan mandikan baby... mentua terus tak bertegur sapa hampir seminggu sampai suami terpaksa lajakkan cuti," luahnya lagi.Imbaunya lagi, situasi yang dialami ketika itu membuatkan dia terkena baby blues sehingga sanggup memukul bayi yang sedang menangis.Di ruangan komen, warga maya menitipkan kata-kata semangat kepadanya dan memintanya supaya tidak lagi berkongsi cerita tidak sepatutnya dengan keluarga mentua.