suria

Wanita bunting pelamin dituduh berzina sebelum nikah... Kenalan siap tanya tarikh berjimak, nak kira usia kandungan

Dakwaan hamil anak luar nikah adalah tuduhan berat buat wanita baru berkahwin. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang sedang hamil enam bulan berkongsi pengalaman menyakitkan hati apabila berdepan tohmahan kononnya dia mengandung anak luar nikah.

Ujarnya, dia melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu dan mengetahui sedang hamil sekitar pertengahan Jun selepas menjalani ujian kehamilan.

Menurutnya, pihak doktor swasta dan jururawat kesihatan di klinik kerajaan turut mengesahkan dia mengalami kehamilan awal atau lebih dikenali sebagai bunting pelamin.

Sokongan suami penting ketika hamil. -Gambar hiasanSokongan suami penting ketika hamil. -Gambar hiasan

"Waktu baru empat minggu tu memang ada yang kata... ni anak luar nikah, macam mana boleh pregnant awal? Tapi aku ingat berhenti sampai situ je .

"Rupanya sampai sekarang nak masuk enam bulan pun ada yang bersangka buruk.

"Siap tanya bila tarikh bersama dengan suami dan bila due sebab nak kira tarikh bersalin," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut zuriat baru lahir difitnah, ibu rayu doktor tahan di wad... Keluarga sendiri ragu-ragu bunting pelamin, syak terlanjur sebelum nikah!

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bunting pelamin, wanita TTC gigil famili jadikan hamil satu 'perlumbaan' - “Kalah la kena potong macam tu je”

Wanita itu meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah masyarakat yang dilihat terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui fakta sebenar.

  • Wanita hamil 6 bulan dituduh mengandung luar nikah walaupun sah bernikah pada 24 Mei.
  • Disahkan hamil pertengahan Jun, doktor sahkan kehamilan sebagai bunting pelamin.
  • Masih ada yang persoal tarikh bersama suami dan tarikh jangkaan bersalin.
  • Wanita kesal masyarakat cepat menghukum tanpa usul periksa.
  • Netizen lain turut kongsi pengalaman sama dituduh walau hamil selepas kahwin.

"Kenapa ada orang yang mentaliti macam ni? Tak boleh ke nak raikan je? Happy for others? Tak faham la!

"Mula-mula down la aku ni, tapi sekarang aku jawab je aku ada laki, bila-bila pun boleh jadi. Kau tu kahwin pun belum dah banyak bunyi," katanya.

Ada sesetangah wanita hamil selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AIAda sesetengah wanita hamil selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Dalam pada itu netizen yang pernah berdepan situasi yang sama turut mengakui dituduh mengandungkan anak luar nikah.

"Saya pun kena dengan saudara sendiri. Dia macam persoalkan mengapa saya hamil sedangkan baru je kahwin. Tapi apabila aku terangkan bukan dia faham sebab orang tua.

"Saya kahwin pada Mac 2018, beranak April 2019. Tapi orang kampung mengata kahwin awal sebab anak luar nikah.

"Setahun lepas nikah baru beranak pun kena cop macam tu, apatah lagi yang bunting pelamin," katanya.

Artikel Lain