TUGAS guru bukan sahaja menuntut kesabaran mendidik anak murid, tetapi kadangkala perlu berdepan dengan kerenah ibu bapa.
Seperti dialami guru wanita ini, dia meluahkan rasa kurang selesa apabila menerima mesej peribadi daripada seorang bapa murid yang dipercayai cuba berkenalan lebih rapat dengannya.
Dia mendedahkan mesej tersebut dihantar selepas lelaki berkenaan mendapatkan nombor telefonnya melalui kumpulan WhatsApp kelas.
Grup WhatsApp kelas diwujudkan untuk memudahkan urusan ibu bapa dan guru. -Gambar hiasan
"Wujud parents yang macam ni rupanya. Satu je (nak pesan), jika (seseorang) itu (adalah) cikgu kepada anak awak... hormatlah.
"Tambahan pula grup kelas tu tempat untuk kami bagi maklumat, bukan tempat ambil nombor cikgu dan mengayat (mengurat)," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'berjawatan' dihubungi 'awek' lama lepas masuk grup WhatsApp sekolah, tak sempat balas isteri dah 'cantas' dulu
Guru berkenaan juga turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar lelaki berkenaan.
"Boleh kenal-kenal tak? Saya nak kenal dengan awak. Saya duda. Saya minat tengok awak... muka comel," tulis lelaki tersebut.
"Awak parents murid saya ke? Saya dah kahwin anak tiga," balas guru tersebut yang kemudian menyekat nombor lelaki berkenaan.
- Seorang guru kesal diganggu bapa murid yang menghantar mesej peribadi melalui WhatsApp.
- Lelaki tersebut didakwa cuba mengurat dengan memuji wajah guru dan mengaku dirinya duda.
- Guru itu membalas secara sopan dan menjelaskan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.
- Setelah mesej bertukar peribadi, guru bertindak menyekat nombor lelaki tersebut.
- Netizen kecam tindakan bapa murid dan menyifatkannya sebagai tidak hormat serta penyebab rumah tangga sendiri runtuh.
Menurut guru tersebut, pada awalnya dia membalas mesej kerana menyangka lelaki itu ingin bertanya tentang hal persekolahan anak, namun lain pula jadinya apabila topik perbualan bersifat peribadi.
“Saya ingat dia nak tanya pasal anak atau sekolah. Tapi apabila dah tahu anak tiga pun masih nak berkawan, saya terus rasa tak selesa,” tambahnya.
Ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anak dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai hingga ada yang membuat telahan lelaki itu menduda kerana sikap buruknya sendiri.
"Kalau ye pun duda, cari la yang janda atau anak dara. Bini orang juga dia nak di try.
"Patutlah menduda, jenis tak hirau halal haram.
"Sibuk mengayat bini orang lepas tu ke arah maksiat, bukan perempauan ja boleh jadi perosak. Lelaki pun sama, penyundal," kata netizen.


