suria

Penganjur batal majlis keagamaan lepas kumpul ratusan ribu duit infak... Polisi sumbangan tidak akan dikembalikan buat ramai marah!

Sumbangan kini lebih mudah apabila boleh disalurkan melalui imbasan QR. -Gambar hiasan AI

SEORANG usahawan wanita meluahkan rasa pelik dan kecewa selepas mengetahui sebuah majlis yang sepatutnya berlangsung menggunakan dana infak orang ramai dibatalkan tanpa penjelasan lanjut.

Dakwa wanita berkenaan, beberapa individu turut memberi infak dalam jumlah besar bagi menjayakan majlis amal yang difahamkan bersifat keagamaan.

"Kawan saya ada infak beribu ringgit untuk satu majlis ni. Ada (penginfak) yang bagi sampai ratusan ribu ringgit. Kemudian dapat tahu majlis tu tak jadi buat.

Ambil tahu latar belakang organisasi sebelum membuat sebarang sumbangan atau kebajikan. -Gambar hiasan

"Kawan saya tak puas hati, dia minta balik duit infak tu sebab tahu ada berlaku ketidakjujuran di situ," katanya di Threads.

Dakwa pengadu lagi, majlis berkenaan juga dikatakan dibatalkan sepenuhnya tanpa sebarang penjelasan lanjut daripada pihak penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal jaga amanah, tak berani jamah kek kegemaran… Rupanya pemberi lafaz akad sedekah untuk anak-anak yatim

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”

Lebih mengecewakan apabila mereka hanya dimaklumkan bahawa wang infak yang disumbangkan tidak akan dipulangkan semula.

"Pihak pengurusan cakap yang mereka sepakat duit infak tu tak akan dikembalikan walaupun majlis tak buat," jelasnya.

  • Usahawan wanita kecewa selepas majlis dibiayai infak orang ramai dibatalkan tanpa penjelasan.
  • Ada penderma sumbang hingga ratusan ribu ringgit bagi menjayakan majlis keagamaan itu.
  • Penganjur didakwa tidak beri penerangan lanjut dan enggan pulangkan wang infak.
  • Netizen berpendapat penderma berhak tahu ke mana wang tersebut disalurkan.
  • Ramai gesa laporan polis dibuat bagi siasat ketelusan pengurusan dana.

Perkongsian itu jelas sekali menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana ia melibatkan wang yang diamanahkan.

Rata-ratanya berpendapat bahawa penderma berhak mengetahui ke mana wang infak tersebut digunakan.

Dalam pada itu, ramai turut menggesa agar laporan polis dibuat supaya perkara itu dapat disiasat dengan telus.

Komen netizen di media sosial.

"Lapor pada polis atau minta balik duit tu. Nanti mereka jadi terbiasa buat macam tu. Kutip duit kemudian batalkan. Senang je buat duit.

"Perjanjian semasa memberi infak adalah untuk adakan majlis. Kalau tak jadi majlis, tanya semula infak tu disalurkan ke mana. Sebagai penderma kita berhak tahu.

"Buat laporan polis. Bagi bukti transaksi dan mesej atau dokumentasikan yang pihak tu sebut tentang majlis dan tiba-tiba tak buat majlis," komen beberapa netizen memberi cadangan.

Artikel Lain