suria

Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”

Ada peniaga menggunakan konsep menjual sambil infaq dalam melariskan jualan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap modus operandi yang semakin rancak digunakan oleh peniaga terutamanya yang menjual makanan demi mengaut keuntungan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, dia mempertikaikan golongan peniaga yang membuka tempahan kepada orang ramai atas alasan mahu memberi peluang mereka berinfaq.

Pada pandangannya, peniaga seperti ini adalah 'scammer' malah menggelar mereka sebagai 'penjual agama'.

Setiap peniaga pasti mahukan keuntungan. -Gambar hiasan

"Saya open (buka peluang) 100 pek makanan infaq untuk rumah anak yatim. Satu pek RM15

"Saya pun berinfaq RM5. Harga asal RM20 per pek. Jom infaq," dia menulis semula ayat seorang peniaga yang membuka peluang bersedekah, menerusi hantaran di akaun media sosial miliknya.

Menurut lelaki itu, pendekatan peniaga terbabit dilihat sebagai satu bentuk manipulasi dan mereka berselindung di sebalik istilah 'infaq'.

Dia menambah, golongan scammer yang menggunakan agama sebagai 'topeng' paling sukar dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat ‘game’ pembekal di bulan Ramadan! Jual nama ‘infaq’, kurma RM5 jadi RM50 sekilo... tauke senyum berduyun nak tambah pahala

ARTIKEL BERKAITAN: Infak zaman TikTok, peniaga dapat ‘live gifts’ hantar sebungkus nasi beriani ke gerai sebelah... Rupanya asbab lagi ramai sedekah!

"Orang yang toksik positif akan kata tak ada masalah. Boleh je. Tapi orang ada akal, berfikiran skeptikal dan tak mudah ditipu akan nampak ini adalah 'penjual agama'.

"Konon dia pun infaq sekali. Walhal dia cuma kurangkan nilai profit dia belum dapat. Itu bukan infaq. Itu scammer paling susah nak kantoi," katanya.

Di ruangan komen, ramai individu bersetuju dengan pendapat dan ulasan yang dibuat lelaki tersebut.

Seorang pengguna media sosial menyatakan pendirian bahawa urusan perniagaan tidak sewajarnya dicampur-adukkan dengan amal kebajikan.

  • Lelaki persoal peniaga guna istilah 'infaq' untuk jual makanan.
  • Dia menganggap tindakan itu cuma kurangkan harga jualan asal, bukan sumbangan ikhlas.
  • Netizen anggap peniaga seperti itu menunggang agama demi lariskan jualan.
  • Ada netizen kongsi pengalaman sering diajak beli produk atas nama infaq.
  • Ramai muak taktik jualan sebegini, minta orang ramai lebih berfikir untuk menderma.

"Berniaga adalah berniaga, infaq adalah infaq. Full stop. Tapi, infaq dalam berniaga tu okay je. Contohnya macam berniaga tapi bagi lebih pada pembeli.

"Kalau kau berniaga tapi minta orang infaq nak bagi laku jualan, tu bukan berniaga tapi menunggang (eksploitasi). 

"Tapi, cara masing-masing la. Semua orang nak survive (bertahan)," kata seorang netizen.

Seorang lagi warganet turut tampil berkongsi pengalaman peribadi apabila sering menjadi 'sasaran' rakan-rakan yang cuba menjual produk infaq kepadanya.

Berniaga makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan jika dilakukan dengan betul. -Gambar hiasan

Tidak kurang juga yang berpandangan sesetengah peniaga gemar menggunakan pendekatan meraih simpati dan keagamaan sebagai alat pemasaran.

"Setiap Jumaat mesti dapat WhatsApp daripada kawan ajak buat infaq. Beli produk dia nanti infaq tu dia uruskan. Dah la asyik 'spam' mesej, paksa infaq.

"Rakyat Malaysia senang kena game (tipu helah). Buat ayat sedih, jual agama mesti jalan.

"Saya turn off (tak suka) dengan terma infaq yang dipakai guna oleh peniaga makanan," komen beberapa netizen lain.

Artikel Lain