suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani ramai kawan, bantah hasrat anak mahu bernikah di pejabat agama

Ahmad Dhani (kiri) membantah hasrat Dul untuk bernikah di KUA.

KOMPOSER Ahmad Dhani menolak hasrat anak lelakinya, Dul Jaelani, untuk melangsungkan pernikahan bersama pelakon Tissa Biani di Pejabat Urusan Agama (KUA) bagi mengelakkan konflik keluarga.

Menurut laporan Suara, Dhani dengan tegas menolak keinginan anak bongsunya itu yang mahu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

Kata Dhani, dia mahu menganjurkan sebuah majlis besar-besaran bagi meraikan anak terakhirnya yang bakal menamatkan zaman bujang.

Ahmad Dhani mahu majlis besar-besaran untuk perkahwinan anak bongsunya.

"Saya tak mahu. Saya mahu mengadakan majlis sambut menantu.

"Bukan sebab mahu acara meriah, tetapi kerana ramai kenalan saya," katanya.

Dalam pada itu, ketua kumpulan Dewa 19 itu turut memaklumkan dia sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk mengadakan majlis yang berbeza daripada perkahwinan dua lagi anaknya, Al Ghazali dan El Rumi.

ARTIKEL BERKAITAN: IG hilang! Ahmad Dhani jawab tuduhan sengaja cari perhatian, dakwa netizen buat gerakan ‘report’ akaun

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dakwa bekas isteri pernah curang, ada bukti rakaman

"Perancangan saya, majlis sambut menantu nanti akan lain daripada yang lain. Berbeza dengan perkahwinan abang-abangnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Dul merupakan anak bongsu hasil perkahwinan Dhani bersama penyanyi Maia Estianty. 

Dhani dan Maia bernikah pada 1996 dan bercerai pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain