suria

Jangan salahkan ekonomi kalau duit selalu tak cukup... Ini kesilapan gaya hidup yang buat poket anda cepat kering!

Perbelanjaan yang tiada kawalan boleh menyebabkan simpanan anda 'lesap' tanpa disedari. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan nilai gaji yang kecil menjadi punca utama duit sentiasa tidak mencukupi setiap bulan.

Namun tanpa kita sedar, ada ‘kebocoran halus’ dalam perbelanjaan harian yang sebenarnya lebih banyak menghakis kewangan.

Bagi menghadapi situasi ekonomi semasa yang semakin tidak menentu, wajar untuk anda semak semula tiga perkara ini.

1. Langganan automatik (auto-renew)

Perkhidmatan aplikasi penstriman seperti Spotify, Apple Music atau YouTube Premium mungkin nampak murah.

Namun jika dibiarkan aktif tanpa penggunaan maksimum, mungkin tiba masanya untuk anda membuat pertimbangan semula.

Ramai individu menggunakan khidmat penghantaran makanan kerana malas untuk keluar. -Gambar hiasan AI

Bagi YouTube misalnya, anda boleh menghentikan langganan premium dan menggunakan akaun biasa sahaja tanpa bayaran bulanan.

Malah, anda juga boleh beralih ke aplikasi seperti SoundCloud untuk mendengar muzik secara percuma tanpa sebarang yuran langganan.

2. Caj penghantaran makanan

Kerap memesan makanan secara dalam talian sebenarnya lebih mahal daripada yang disangka.

Walaupun kebanyakan platform menyediakan kopun diskaun, itu tidak bermakna anda boleh berjimat.

Sebagai alternatif, anda boleh mengurangkan pembelian makanan secara dalam talian.

3. Lifestyle inflation

Apabila gaji meningkat sedikit, gaya hidup segelintir individu turut berubah tanpa kawalan.

Daripada sekadar ‘upgrade kecil’, ia akhirnya menjadi komitmen berterusan yang membebankan.

Kesimpulannya, masalah kewangan bukan hanya bergantung kepada jumlah gaji, tetapi cara seseorang mengurus perbelanjaan.

Dengan lebih peka terhadap ‘kebocoran’ ini, anda boleh mula mengawal aliran wang dan mengelakkan situasi ‘cukup makan’ setiap bulan.

Artikel Lain