suria

Ingat kena kaya baru boleh travel? Pemuda kongsi taktik ‘rolling’ kad kredit, tiket mahal pun jadi mampu milik

Tiket penerbangan ke luar negara biasanya mencecah ribuan ringgit. -Gambar hiasan AI

BIASANYA perkara pertama yang akan dilakukan sebelum merancang bercuti ke luar negara adalah menyemak harga tiket penerbangan.

Ia akan jadi penentu destinasi yang bakal ditujui memandangkan harga tiket boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Apatah lagi dengan situasi ekonomi dan pergolakan di Timur Tengah, pasti ramai berfikir panjang sebelum membuat sebarang tempahan tiket penerbangan.

Namun sebenarnya kos membeli tiket penerbangan boleh diuruskan secara fleksibel tanpa membebankan poket.

Seorang pelayar Threads dikenali sebagai Izzat Roslee, berkongsi perkara itu boleh dicapai dengan strategi tertentu menggunakan kad kredit.

Berikut merupakan empat langkah yang dikongsikan Izzat bagi mereka yang tidak mahu terbeban membeli tiket penerbangan.

1. Persediaan

Pastikan anda mempunyai dua kad kredit, iaitu satu kad biasa dan satu lagi kad yang menawarkan kadar faedah rendah atau sifar peratus bagi kemudahan balance transfer dalam tempoh tertentu.

2. Pembelian

Gunakan kad kredit biasa untuk membeli tiket penerbangan, sebaiknya bagi perjalanan pada tahun hadapan kerana harganya kebiasaannya lebih murah.

3. Pemindahan

Selepas itu, pindahkan baki bayaran ke kad kredit kedua melalui kemudahan balance transfer mengikut tempoh yang dipilih, contohnya 12 bulan jika merancang untuk melancong setahun sekali.

4. Pelunasan

Akhir sekali, bayar secara ansuran bulanan mengikut jumlah yang ditetapkan, contohnya sekitar RM100 sebulan untuk tiket bernilai RM1,200 sehingga selesai sebelum tarikh perjalanan.

 

Artikel Lain