Orang ramai dinasihatkan agar mengemas kini sistem operasi peranti bagi mengelakkan sebarang serangan siber. -Gambar hiasan AI
KEJADIAN duit dalam akaun bank yang lesap secara tiba-tiba bukanlah satu perkara baharu, malah sudah ramai yang pernah menjadi mangsa tanpa sebarang pembelaan.Terbaharu, seorang pengguna Threads turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang cubaan 'mencuri' wang dalam akaun bank miliknya. "Hati-hati semua, terutamanya sesiapa yang link kad bank dengan Apple Wallet iPhone. Tadi dapat notifikasi, ada dua transaksi ditolak."Rasa pelik sebab masa tu saya tak pergi ke mana-mana dan tak buat sebarang transaksi pun. Lagi seram, saya tak terima mesej yang minta Transaction Authorization Code (TAC)."Terus saya hubungi bank. Pegawai khidmat pelanggan tanya, ada tak tekan apa-apa pautan, muat turun aplikasi atau fail APK atau kongsi password dengan sesiapa? Semua tu memang saya tak buat," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan seronok sangat jika tiba-tiba duit dikreditkan ke dalam bank… Rupanya kerja scammer!Sebagai langkah berjaga-jaga, wanita itu berkata dia terpaksa membatalkan kad debit miliknya dan pergi ke cawangan bank terdekat untuk mengambil kad debit baharu.Menurut wanita itu lagi, dia juga sudah mengemas kini sistem operasi iOS pada peranti iPhone miliknya bagi mengelakkan kejadian sama berulang."Alhamdulillah, unauthorized transaction scammers tak berjaya. Cuma, notifikasi pun naik lepas 40 minit transaksi ditolak. Dalam statement bank pun tak keluar apa-apa."Macam-macam cara mereka buat kerja. Padahal dah habis berhati-hati dah ni. Semoga Allah lindungi kita. Besar kemungkinan ada unauthorized transaction ni sebab tak update iOS terkini. "Sebelum ini saya tak update sebab ada orang kata mereka berdepan masalah lepas kemas kini iOS. Sekarang saya dah kemas kini iOS 26," tulisnya.