Penting untuk pastikan simpanan keluarga lebih bersih dan patuh syariah pada masa depan. -Gambar hiasan AI
PENGURUSAN kewangan patuh syariah semakin menjadi pilihan khususnya apabila melibatkan simpanan jangka panjang seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Walaupun begitu masih terdapat sebahagian pencarum terutamanya yang beragama Islam teragak-agak 'berpindah' daripada simpanan konvensional kepada syariah. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada kurang pendedahan serta persepsi lama iaitu kadar dividen simpanan syariah lebih rendah melekat dalam minda pencarum.Perkara ini turut disentuh perunding kewangan berlesen, Muhammad Faiz Zulfakar yang melihat masih ramai bersikap sambil lewa dalam membuat pilihan antara dua skim itu. Menurut Muhammad Faiz, alasan dividen simpanan syariah lebih rendah tidak lagi relevan pada masa kini memandangkan kadar pulangan terkini menunjukkan angka sama.Berdasarkan pengumuman dividen KWSP bagi tahun 2025, kedua-dua skim mencatatkan kadar 6.15 peratus tanpa sebarang perbezaan.Namun begitu, masih terdapat satu aspek penting yang sering diabaikan, iaitu keperluan penyucian dividen bagi simpanan dalam skim konvensional.Ini kerana pelaburan dalam skim tersebut melibatkan sektor tidak patuh syariah seperti perbankan konvensional, perjudian dan industri berkaitan arak.Sehubungan itu, sebahagian daripada dividen yang diterima perlu disalurkan semula bagi tujuan penyucian, sekali gus mengurangkan jumlah pulangan bersih sebenar.Mengambil kira kadar penyucian semasa sekitar 61 peratus, anggaran pulangan bersih bagi skim konvensional adalah jauh lebih rendah berbanding syariah yang memberikan pulangan bersih sepenuhnya.Dalam konteks ini, simpanan syariah kekal dengan pulangan 6.15 peratus yang bersih, manakala skim konvensional dianggarkan hanya sekitar 2.4 peratus selepas proses penyucian dilakukan.Perbandingan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kelebihan skim konvensional dari sudut keuntungan tidak lagi relevan seperti tanggapan sebelum ini.Pada masa sama, prinsip pengurusan kewangan yang menitikberatkan sumber halal wajar diberi keutamaan, apatah lagi apabila pulangan antara kedua-dua skim kini berada pada tahap yang sama.Selain itu, proses pertukaran ke simpanan syariah juga tidak lagi rumit kerana boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun tanpa perlu hadir ke kaunter.Langkah ini memudahkan pengguna, malah memberi peluang untuk memastikan simpanan dikumpul adalah daripada sumber jelas dan patuh syariah demi kesejahteraan masa depan diri serta waris.