suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nuha Bahrin nak kahwin sebelum umur 30 tahun, belum sedia timang anak usia muda

PENYANYI Nuha Bahrin memberitahu dia tidak terkesan apabila mendapat pertanyaan mengenai soal jodoh.

Menurut Nuha atau Nuha Sakina Saiful Bahrin, 26, dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang selagi usianya tidak mencecah 30 tahun.

“Buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk kahwin sebab fokus saya hanya untuk karier dulu, lagi pun saya ada letakkan target nak kahwin pada usia 30 tahun jadi tinggal empat tahun lagi.

“Syukur sangat sebab keluarga memahami dan tidak memaksa saya ke apa, lagipun saya nak habiskan masa dengan keluarga sebelum menamatkan zaman bujang,”katanya kepada mStar.

Tambahnya, keputusan untuk tidak berkahwin ini juga disebabkan dia belum bersedia untuk menimang cahaya mata pada usia muda.

“Saya tak nak kahwin awal ni sebab salah satunya tak nak ada anak lagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi