suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yassin Senario kena lempang dengan peminat wanita... “Ada datang jumpa terus suruh buat lawak”

PELAWAK Yassin Yahaya mendedahkan masih ada peminat yang bersikap agak keterlaluan ketika bertemu dengan dirinya.

Menurut Yassin atau Yassin Yahaya,47, dia pernah berdepan situasi seperti kepala ditunjal dan diminta membuat lawak secara spontan.

“Benda macam tu memang masih berlaku lagi, bohong kalau cakap tak ada sebab ada yang datang terus suruh buat lawak dan mak cik datang tunjal kepala dan pegang-pegang sebab minat sangat dekat saya.

“Pernah juga tengah makan atau berehat, tiba-tiba orang datang ajak bergambar tanpa tengok keadaan,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Yassin memilih untuk tidak cepat melatah kerana memahami keterujaan peminat apabila bertemu artis kesayangan mereka.

“Saya tak boleh marah sebab saya faham mereka mungkin terlalu suka, sebagai selebriti kita kena sentiasa bersedia dengan macam-macam perangai orang.

“Kalau rasa keadaan dah tak selesa, saya akan cari cara untuk beredar secara baik sebab tak mahu kecilkan hati sesiapa, ujian datang melalui manusia juga. Jadi saya cuba sabar dan anggap itu sebahagian daripada perjalanan kerja saya,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi