suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewa Arteh sorok anak, risau ‘diganggu’ penyakit ain… Tunggu usia lima tahun baru kongsi pada peminat

PELAWAK dan pelakon, Dewa Arteh, 30 memberitahu dia dan isteri memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anaknya iaitu Widuri kepada umum buat masa ini.

Menurut Dewa atau nama sebenarnya Mohd Hafizul Mohd Yusof, 30, buat masa ini dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perkembangan anaknya di media sosial kerana khuatir terkena penyakit ain.

Katanya, dia mahu memberi ruang kepada anaknya menikmati zaman kanak-kanak tanpa terlalu terdedah kepada perhatian umum.

"Saya tak nak dedahkan mengenai anak buat masa ini sebab media sosial saya lebih banyak tunjukkan apa yang saya buat, kerjaya saya dan karya-karya saya tapi soal anak tunggulah dia besar nanti, insya-Allah sebab saya dengar banyak kisah ain pun ya, jadi saya pun belum bersedia sebab dia masih terlalu kecil.

"Mungkin bila dia dah besar, umur lima tahun mungkin waktu tu baru kita mula perlahan-lahan dedahkan, dia dah ada kerenah dan perangai dia sendiri. Mungkin dari situ akan tercetus sesuatu, kita pun tak tahu apa yang akan datang.

Tapi buat masa sekarang, memang tak ada perancangan lagi. Saya tak ada niat nak dedahkan apa-apa tentang dia," katanya pada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi