suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duduk dalam kereta sebelum masuk set, Farah Ahmad kata tiada masalah asalkan berlakon ‘perform’

AKTRES Farah Ahmad tidak kisah jika seseorang pelakon memilih untuk menghayati watak secara bersendirian termasuk mengasingkan diri atau menghabiskan masa di dalam kereta sebelum menjayakan sesuatu babak.

Menurut Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, perkara tersebut bukan satu masalah sekiranya kaedah berkenaan membantu seseorang pelakon memberikan persembahan terbaik ketika berada di hadapan kamera.

Bagaimanapun, kata Farah, situasi itu agak sukar untuk diamalkan dalam produksi tempatan kerana pelakon di Malaysia tidak mempunyai tempoh persediaan yang panjang seperti sesetengah produksi luar negara.

“Bagi saya tiada masalah kalau pelakon duduk dalam kereta untuk hayati watak, asalkan apabila masuk set dia boleh perform.

“Kalau ikutkan, boleh sahaja duduk dalam kereta tetapi di Malaysia, produksi kita tidak amalkan persediaan pelakon sampai berbulan-bulan seperti di luar negara.

“Masalah sekarang kita tidak cukup rehearsal sampai kadang-kadang terpaksa buat terus di set. Jadi, kita kena mingle (bergaul) untuk bina keserasian antara pelakon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi