suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaki Yamani tak halang ibu kahwin lagi, sanggup jaga jika terus hidup solo

PENYANYI Zaki Yamani memberi sokongan penuh jika ibunya, Fatimatuzahra Samat, terbuka hati untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Menurut Zaki, atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, perkara tersebut pernah dibincangkan bersama ibunya dan dia secara peribadi sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang boleh memberikan kebahagiaan kepada wanita berkenaan.

"Fasal kahwin ini saya sentiasa beri sokongan. Nak kahwin, kahwinlah, saya pun dah besar.

"Saya pernah cakap pada ibu, kalau nak mendirikan rumah tangga saya okey sahaja," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, jika ibunya memilih untuk terus hidup sebagai ibu tunggal, Zaki berkata dia tidak kisah malah bersedia menggalas tanggungjawab untuk menjaga ibunya.

"Tapi kalau dia masih memilih untuk jadi ibu tunggal pun tak apa. Biar saya jaga dia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zaki kini secara rasmi melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya muzik apabila menyertai syarikat rakaman antarabangsa, Sony Music Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian (Signing Ceremony) yang berlangsung di St Giles Boulevard Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi