PELAKON dan pengarah Liyana Jasmay mengakui terkilan apabila ada rakan industri yang bercakap buruk tentang dirinya di belakang.Liyana, 38, berkata perkara itu lebih mengecewakan apabila ia bukan datang daripada netizen, sebaliknya individu yang berada dalam lingkungan industri seni sendiri. “Sebenarnya perkara ini (cakap belakang) bukan datang daripada netizen. Saya bukan cuba nak menjatuhkan ataupun mengaibkan sesiapa tetapi kebersamaan dalam industri ini memang tidak ada.“Itu yang saya cuba nak sampaikan. Kebersamaan bermaksud kita saling memberi sokongan apabila melihat seseorang itu berkembang dan bergerak daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik.Liyana menerima kritikan membina untuk memperbaiki diri. “Perkara itu bukan mudah dan saya dapat rasa ‘vibe’ tersebut,” katanya kepada mStar.Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan berlangsung di 10 Stars Cinema, Hextar World Empire City, Petaling Jaya pada Selasa.Dalam pada itu, Liyana berkata perkara yang lebih mengguris perasaannya adalah apabila perbuatan itu dilakukan oleh individu yang dianggap sebagai rakan.“Mungkin salah saya juga kerana apabila berkawan rapat dengan seseorang, saya anggap dia juga ikhlas dan mempunyai rasa yang sama terhadap saya. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh cakap filem sampah” - Liyana Jasmay minta pengkritik jangan jejaskan periuk nasi penggiat seniARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay penat dengar kritikan netizen, ‘buat muka’ untuk transformasi wajah 2026… “Saya nak mancungkan hidung”“Itu yang buat saya sedih sebab kalau orang yang saya tidak kenal, saya tak kisah. Saya bukan sedih kalau nak kutuk saya, kritik sajalah saya terima. “Cuma sedih bila rakan industri kurang rasa untuk bersatu. Sudah pasti setiap orang ada arah yang berlainan, jadi kenapa kita kena menghukum?” ujarnya.Bercerita mengenai prinsip dalam dunia seni, Liyana memberitahu sejak awal pembabitan sebagai pelakon dia sudah dididik supaya menghormati setiap individu tanpa mengira latar belakang atau bidang yang diceburi. Sejak dulu lagi memang ada yang mengkritik filem orang lain. Tetapi saya tidak suka begitu.LIYANA JASMAYPELAKON & PENGARAH“Sejak mula berlakon, saya dibesarkan dengan ramai orang yang sentiasa memberi nasihat, termasuk (Datuk) Rosyam Nor, Bade Azmi, dan ramai lagi supaya kita menghormati semua orang.“Seni ini tiada istilah betul atau salah. Saya belajar bahawa seni adalah interpretasi seseorang terhadap visi dan misi mereka. Jadi, memang setiap orang akan menghasilkan karya yang berbeza.“Sejak dulu lagi memang ada yang mengkritik filem orang lain. Tetapi saya tidak suka begitu. Saya berkawan dengan semua pengarah dan pernah bekerja dengan ramai pengarah kerana saya percaya setiap orang mempunyai cara dan seni mereka sendiri," jelasnya. Dalam masa sama, Liyana tidak menganggap penolakan atau kritikan sebagai sesuatu yang perlu dibalas sebaliknya menjadikannya ruang untuk penambahbaikan.Liyana bakal tampil dengan filem arahan pertama, Pemuja Syaitan. “‘Rejection’ sebenarnya menguatkan kita untuk fikir balik. Betul ke apa yang aku buat ini? Karya aku ini betul ke? Mungkin aku patut buat penambahbaikan.“Bila orang reject kita, kita akan rasa nak buat yang lebih baik lagi untuk diri sendiri dan karya kita,” katanya.Sebelum ini, Liyana berkongsi sebuah hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila mendakwa terdapat rakan industri yang bercakap tentangnya di belakangnya. Menurut Liyana, perangai itu diumpamakan sebagai syaitan dan memang patut individu tersebut menonton filem arahannya berjudul Pemuja Syaitan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube