suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Jahari cabar diri dengan lagu dan gaya baharu, kini diiringi band pula

Amir mengambil langkah berani dengan genre muzik berbeza.

MEMBUKA langkah baharu dalam perjalanan kerjaya seni, penyanyi Amir Jahari mengambil langkah berani tampil dengan muzik berbeza menerusi lagu berjudul (Sub)Yana.

Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 34, memberitahu karya ini juga sebagai satu fasa untuk mencabar dirinya dalam berkarya menerusi elemen rock, pop dan elektronik.

“Bukan hanya untuk mengejar kerelevanan dalam industri, saya ubah haluan muzik untuk diri sendiri, supaya terus rasa bertenaga untuk menghasilkan karya yang baharu.

Amir tampil kelainan dalam lagu baharu. 

“Selama 15 tahun, saya meneroka muzik pop, folk dan akustik dengan pelbagai eksperimentasi, terutamanya dalam album kedua dan beberapa single selepasnya, saya fikir fasa itu sudah cukup. Masa untuk mencabar diri dengan gaya baharu,” katanya.

Lebih menarik lagi, kali ini Amir juga memperkenalkan sebuah kumpulan diberi nama Amir Jahari Signal (AJS) yang bakal mengiringi persembahannya kelak untuk lagu-lagu akan datang.

Dalam masa sama, (Sub)Yana juga sebagai satu gambaran elemen muzik dalam album keempatnya yang kini dalam proses pembikinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari beli Perodua Alza, ada kisah di sebalik kereta pertamanya itu 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

“Kami melihat muzik sebagai signal. Ada idea yang dihantar, dibentuk oleh keempat-empat kami dan disampaikan kepada sesiapa yang mahu mendengarnya.

“Tak mudah untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu tetapi sebagai pemuzik, kami perlu selalu mencabar sempadan muzik yang difahami pendengar terbanyak.

“Harapnya, dengan album itu nanti, masyarakat kita lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian yang ada dalam muzik tempatan,” ujarnya.

AJS dianggotai oleh Adlan (kiri), Amir, Tasneem dan Azam. 

Selain Amir, AJS dianggotai oleh Tasneem Bolhassan sebagai bes dan sape, Azam Aayam (dram) dan Adlan Syahin (gitar).

Bercakap tentang (Sub)Yana, lagu ini membawa mesej untuk saling mendukung dan berbuat baik antara satu sama lain dalam menjalani ujian kehidupan.

“Kita bukan robot yang boleh diprogram untuk menjadi sama dan seragam. Saya mahu beritahu pendengar, kalau awak rasa awak berbeza, saya pun berbeza, dan kita boleh rasa berbeza bersama-sama,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain