TIADA angin tiada ribut, pelakon Diana Danielle mengesahkan dirinya kini kembali solo selepas hubungan bersama teman lelakinya, Bern, berakhir.Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan tersebut dan menganggap keputusan itu sebagai yang terbaik buat mereka berdua. “Ya betul, bukan nak umumkan sangat tapi adalah sebabnya. Tak perlu nak ulas sangat, cuma itu yang terbaik untuk kami berdua,” katanya kepada mStar.Diana enggan bercerita punca hubungan dengan Bern berakhir.Bagaimanapun, Diana menyifatkan Bern sebagai seorang lelaki yang baik sepanjang tempoh mereka menjalinkan hubungan.Menurut Diana, dia juga berada dalam keadaan baik dan tidak mahu terlalu bersedih dengan perpisahan berkenaan.“Dia orang yang sangat baik cuma keputusan ini yang terbaik. Semua ini untuk kebaikan kami berdua.ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bersyukur teman lelaki boleh diharap, enggan terburu kahwin - “Bila dah ada kad, saya akan edarkan“ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle hangat bercinta dengan ahli perniagaan bujang... “Taste saya bukan yang muda-muda”“Saya okey saja. Banyak lagi dalam hidup ini untuk disedihkan,” ujarnya.Sebelum ini, Diana menerusi hantaran di Threads memaklumkan dirinya kini kembali bergelar wanita bujang.“Bujang dan terus maju ke depan. Ia adalah yang terbaik!” kongsinya.Diana baharu saja membawa Bern ke majlis malam gala filem Terbang pada Khamis.Dalam pada itu, Diana pada Khamis membawa Bern ke majlis malam gala filem terbaharunya berjudul Terbang.Diana juga tidak pernah berselindung mengenai hubungan mereka apabila beberapa kali berkongsi kisah percintaan itu menerusi media sosial miliknya.Malah, Diana pernah memberitahu hubungan tersebut terjalin selepas dia tamat tempoh idah susulan perceraian keduanya dengan bekas suami, Farid Kamil, pada 23 Mac 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube