PENYANYI dan pelakon Afieq Shazwan menyasarkan dua tahun lagi untuk mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya.Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 29, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti wanita tersebut buat masa ini. “Setakat ini memang dah pilih tarikh, tetapi dua tahun lagi. Sekarang 2026, jadi sasaran saya 2028. Mungkin sekitar 28 Ogos 2028 nanti.“Saya belum boleh sebut nama wanita tersebut. Insya-Allah, kalau dah jodoh, tak ke mana,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri iQIYI, Sekali Lagi Bahagia di Kuala Lumpur pada Selasa.Afieq mahu persiapkan diri sebelum jadi suami.Menurut Afieq, keputusan untuk tidak mendedahkan hubungan tersebut dibuat bagi menjaga privasi selain mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.“Kadang-kadang apabila kita terlalu mendedahkan hubungan, kita tak tahu apa yang boleh berlaku. Mungkin menyebabkan kita bergaduh sampai tak mahu bersemuka atau berjumpa.“Jadi sekarang ini kami lebih fokus kepada kerjaya masing-masing. Apabila orang tidak terlalu tahu, setakat ini hubungan itu lebih mudah dari segi komunikasi,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Persaingan punca Tajul, Afieq Shazwan renggang? ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak terkejar-kejar cari jodoh, Wani Kayrie aminkan doa peminat ‘kenen’ dengan Afieq ShazwanMengulas mengenai keputusan untuk berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi, Afieq berkata faktor tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami pada masa depan turut membuatkan dia mahu mempersiapkan diri sebaik mungkin.“Saya rasa agak muda. Apabila kita fikir tentang bersedia untuk berkahwin, sebenarnya banyak aspek yang kita kena persiapkan.“Apabila saya fikir semula, untuk diri sendiri pun saya rasa agak berisiko untuk menamatkan zaman bujang kerana tanggungjawabnya besar.“Saya tak nak apabila nanti saya sibuk bekerja, walaupun tujuan bekerja itu untuk mencari nafkah, akhirnya saya mengabaikan keluarga,” katanya.Afieq pernah dikaitkan ada hubungan dengan penyanyi Wani Kayrie.Dalam pada itu, pelakon berkenaan mahu memberikan ruang kepada bakal pasangannya untuk mengejar cita-cita dan mencapai impian sebelum mereka mendirikan rumah tangga.“Saya pun tak tahu siapa bakal pasangan saya nanti. Saya juga tak mahu menghalang apa yang dia inginkan dalam hidup.“Jadi, biarlah masing-masing mengejar apa yang diinginkan. Satu hari nanti, kalau betul-betul sudah bersedia, barulah kami akan umumkan,” kongsinya.Sebelum ini, Afieq pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Wani Kayrie ketika menyertai program Big Stage 2018.Gosip percintaan mereka ketika itu hangat diperkatakan, malah kedua-duanya dilihat saling membalas perasaan menerusi lagu Cak Cak Cekuk nyanyian Wani dan Kepak Kepuk dendangan Afieq.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube