PIHAK penganjur konsert Awie Rock King Last Man Standing, Bombbay Legend Worldwide tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para pemegang tiket susulan masalah kekeliruan tempat duduk dan kelemahan pengurusan ketika acara berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.Bombbay Legend Worldwide menegaskan mereka mengambil tanggungjawab penuh atas segala masalah yang berlaku tanpa meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak lain. Menerusi satu kenyataan, isu kekeliruan berkenaan membabitkan pemegang tiket kategori Cat 5, Cat 9 dan Cat 10 yang sepatutnya mengikut susunan nombor yang telah ditetapkan.Kenyataan media yang dikeluarkan penganjur. “Susunan asal adalah berdasarkan tempat duduk bernombor. Pihak penganjur turut melantik satu pasukan khusus untuk membantu serta memberi panduan kepada pemegang tiket ke tempat duduk masing-masing.“Namun begitu, pelaksanaan di lokasi tidak berjalan seperti yang dirancang dan telah menyebabkan kekeliruan serta kesulitan kepada sebahagian pemegang tiket."Pihak kami turut mendapati terdapat sebahagian pemegang tiket yang mengambil tempat duduk yang tidak sepatutnya sekali gus menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar untuk dikendalikan.ARTIKEL BERKAITAN: Masalah kesihatan tak ganggu persembahan Awie... 20,000 peminat meriahkan konsert di Stadium MerdekaARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jenama Wings rapuh, Awie perkenal dua anggota baharu… “Rugi kalau dibiarkan sayap itu patah”“Walau apa pun puncanya, pihak penganjur mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Kami tidak mahu meletakkan kesalahan kepada pihak lain memandangkan pasukan yang dilantik adalah di bawah pengelolaan kami,” kata kenyataan itu.Selain isu tempat duduk, pihak penganjur turut memohon maaf kepada pembeli tiket yang tidak menerima pakej cenderahati seperti yang dijanjikan pada malam persembahan.“Pakej tersebut tidak dapat diserahkan pada malam berkenaan berikutan kekeliruan yang berlaku berkaitan pengurusan tempat duduk.“Sebagai penyelesaian, pihak kami akan menghubungi pembeli tiket itu melalui e-mel dalam masa terdekat bagi tujuan penghantaran pakej cenderahati itu.Penganjur konsert Awie mengakui kesilapan yang dilakukan. “Kerjasama pembeli tiket amat dihargai untuk memberikan alamat penghantaran yang lengkap bagi memastikan pakej tersebut dapat dihantar terus kepada penerima,” ujarnya.Dalam pada itu, Bombbay Legend Worldwide mengakui kesal kerana insiden sedemikian tidak pernah berlaku dalam mana-mana acara anjuran mereka sebelum ini dan berjanji menjadikan maklum balas penonton sebagai pengajaran untuk masa depan.“Segala maklum balas dan perkara yang dibangkitkan oleh pemegang tiket akan diambil serius oleh pihak kami sebagai bahan penilaian dan penambahbaikan untuk penganjuran akan datang.“Sekali lagi dengan penuh rendah hati, kami memohon maaf kepada para pemegang tiket yang terkesan atas segala kesulitan dan ketidakselesaan yang berlaku,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube